Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang
Syukur tiada kata dan tara
kepadaMU, memberikan kesempatan buat kami nikmat sihat bagi meneruskan
perjuangan dalam hidup. Hidup sentiasa tidak terlepas dari rintangan dan
cabaran, tidak terlepas seseorang mukmin itu sehingga dirinya diuji dan
diberatkan. Atas diri seorang muslim bertanggungjawab kepada muslim yang lain,
memberi tahu, memberi ingatan, memberi perkongsian dengan meletakkan diri
sebagai dae'i. Kita panjatkan doa, mudah-mudahan Allah mengumpulkan kita di
syurga, berkampung di sana meraih redhaNYA.
InshaAllah.
Kami kumpulan nasyid baru, yang
diberi nama Munsyideen (Penasyid-penasyid) atau (Penyampai-penyampai mesej
Islam) diberi peluang oleh Allah untuk menempuh jalan ini, moga-moga apa yang
kami sampaikan adalah sebagai nasihat untuk diri dan teman semua. Doakan kami
mudah dan diberi kesihatan untuk terus menyampaikan dakwah melalui seni suara
dan muzik. Kami harapkan teguran dan saranan dari kalian, kerana kalian juga
adalah dae'i.
kami cintakan kalian,
sahabat-sahabat seiman, setaman, sekampung..inshaAllah doa jua buat semua,
senantiasa dalam rahmat dan barkah Allah Subhanahu wa Taala.
Sekilas
sejarah Munsyideen
Munsyideen, telah ditubuhkan
pada akhir tahun 2006 melalui bimbingan Saudara Ahmad Fadzli Bakar (Far East)
dan saudara Ito Lara. Berkesempatan merakamkan lagu Habil dan Qabil berduet
bersama Far East dan dimuatkan dalam album Halawatul Iman.
Segalanya bermula, dari nasyid
sekolah di SMK Padang Tembak Kuala Lumpur. Dibimbing oleh Ustazah Maimunah dan
Cikgu Robiah Ghani, yang mana pada waktu itu tahun 2000 nasyid mula bertatih
seperti bayi yang baru lahir. Cetusan semangat yang kuat mendorong kami mula
berjalan seterusnya berlari. Alhamdulillah berkat sokongan para guru dan
kawan-kawan kami berjaya ke peringkat kebangsaan sempena Pertandingan Nasyid
Pencegahan Dadah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun 2002.
*walaupun waktu tersebut
majoriti ahli nasyid akan menduduki PMR, syukur pada Allah pada tahun itu
pencapaian sekolah melonjak tahun yang terbaik dalam PMR 2002.
*Ukhwah skuad nasyid yang
takkan dilupakan dalam hidup, kenangan-kenangan bersama sahabat-sahabat. Gelak,
tawa, gaduh (ala-ala adik beradik), hiba dan semuanya.
*"Kalau menyanyi boleh
kuat suara, baca buku pun baca la kuat-kuat!" tegur Ustazah waktu sedang
baca buku Arab Komunikasi. Ingat lagi huhu.
Munsyideen, belajar dari memori
lalu. Ada manis ada pahitnya. Tidak selalu langit itu mendung, dan tidak pula
selalunya langit cerah. Alhamdulillah, kini Munsyideen bergerak secara
berdikari, sudah bertapak 6 tahun dipersada nasyid. Aktif dan ligat dengan
aktiviti dakwah dan seni nasyid.
Munsyideen yang terkini
4 orang tenaga, menempa diri
untuk memberi komitmen cabang dakwah iaitu seni muzik islami. Terdiri daripada
:
Azizul Hakim b. Mohd Akhir,
[Dip. Comp. Sci] Kolej YPC, Bekerja
Mohammad Azri b. Zakaria, [Dip.
Mech. Eng] Kliuc, Bekerja
Muhammad Muzzammil b. Musbah,
[Ba. Syariah] Ukm, Bekerja
Wan Hakimin b. Wan Mohd Nor,
[Ba. Syariah] Mu'tah, Bekerja
Munsyideen, walau tidak dikenali
tetapi kami tetap dengan tujuan asal, menyampaikan mesej-mesej Islam melalui
nyanyian dan muzik. Kami menerima pelbagai undangan hingga ke peringkat
antarabangsa, Alhamdulillah. Seperti persembahan di Musabaqah al-Quran
antarabangsa 2011 dan jemputan di Riau Indonesia tahun lepas. InshaAllah 2012
pelbagai akan ditempuh. Moga kami lebih rendah hati, dan ingat-mengingat.
Untuk 2012, Allah itu Maha Kaya
memberikan kami kesihatan dan ruang untuk memerdu zikir bernasyid di Ekspo Buku
Islam 2, Putrajaya baru-baru ini. Bahkan mengepalai bacaan Zikir Istighasah
(Memohon keselamatan) peringkat kebangsaan di Masjid Wilayah.
Dakwah itu tidak mudah,
acapkali ada rintangan dan halangan. Macam-macam ujian, barangkali pernah
diserta tangisan. Tetapi kami tidak akan serik. Bila kita terjun dalam medan,
baru kita tahu. Memang banyak yang bermain mulut, bagi kami bukan hanya
dimulut, diperbuatan juga perlu. InshaAllah.
*Pandangan
Allah & Rasul diutamakan, kebajikan umat didahulukan*
No comments:
Post a Comment