Followers

Wednesday, January 27, 2010

Munsyideen - Mencari Intipati Dakwah berkesan =)



Munsyideen - dari kiri Azri, Faisal (X-Munsyideen & X-Fareast), Muzzammil dan Azizul@Agam =)

Salam sahabat2, mungkin kalian tidak mengenali kumpulan Munsyideen ini. Bagi kami secara persisnya tidak mengapa kerana perjuangan ini berintipatikan keikhlasan dalam jiwa2 dan sanubari para penasyid2. Resepi kejayaan yang terbina, begitu ampuh dengan adanya ketulusan dan keluhuran jiwa yang berprinsip tidak goyah dengan goncangan badai dalam lautan gelora yang mara bahaya.

"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini."


Selama bertahun2 berdakwah melalui nyanyian, jauh terlalu jauh nan jauh disudut hati kami mengharapkan apa-apa keuntungan di dunia...lebih murni dan indah lagi, biarkan Allah Rabbul-alamin yang menilainya, keuntungan atau bonus di akhirat lebih utuh dan menarik ganjarannya umpama anugerah2 yang gilang gemilang tiada taranya.

Revolusi atau pembaharuan yang berlaku dalam dunia nasyid mungkin kita sedar atau buat-buat sedar tapi ambil tidak peduli, pelbagai melodi digubah mengikut selera dan deria rasa sendiri tanpa melihat "KARYA AGUNG" Allah Taala sebagai garis dan panduan dan "GAGASAN JUNJUNGAN" yang mantooop lagi persis. Benar niat nya baik, tetapi...dot dot dot...jelas rasanya bahana ini semakin memuncak dan menenggelamkan noktah2 keunggulan dakwah. Pakaiannya ala-ala gitu-gitu...mungkin rasa berbeza ikut putaran masa yang pantas berlari mengejar kiamat yang entah bila.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia pada diri mereka sendiri”
(al-Hasyr: ayat 19)




(bergambar pada malam Anugerah NMI 2006)

Islam mengajak kita kembali...merenung titik noktah yang perlu dipadamkan oleh sinaran Dakwah junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabatnya dan kerabat2nya, para2 alim ulama, ilmuan2 dan para2 munsyid yang dicintai..kembali merenung tapak asal kita..di mana "STAGE" atau kedudukan Seni Hiburan Islam yang sebenar atau yang batil kalian perjuangkan.

Gagasan hadith SAW :
ini Ibn 'Abbas telah meriwayatkan daripada Rasulullah s. a. w :
Hendaklah kamu menjauhi sikap melampau-lampau dalam agama, sesungguhnya orang yang terdahulu daripada kamu telah binasa kerana melampau dalam agama. (Riwayat Ibn Majah)


Marilah kembali semarakkan nada laungan kita, di atas asas yang ampuh, memenuhi lapangan agama Allah, supaya...tika di medan perjuangan "BATTLE FIELD" kita mampu membawa misi yang sebenar iaitu Dakwah =)

Sunday, January 24, 2010

"AURA"

- Aura -

Cinta pada Allah Pemberi semangat
Cinta pada Allah Penguat sanubari
Membina ketulusan dan keikhlasan
Menerima segala ujian

Ya Allah suburkan kekuatan
untuk ku menghadapi cabaran
Ya Allah tunjuki jalan kebenaran
bukan mudah berjuang tanpaMu

Ohhhh…

Hadapi segala rintangan dengan penuh keimanan
Tetap mara kehadapan

Langkah mula telah tercipta mencari keredhaan
Teruskan perjuangan

Sebaik-baik hambaNya kembali
Bertemu Allah bersama amalan berguna

Lagu & Lirik : Selimutsura 20/1/2010


Lagu dan lirik ini adalah permintaan dari sahabat kami, Akhi Syahmi iaitu penerbit album Gemersik Huffaz daripada Darul Quran. Kini beliau menyambungkan pelajaran di USIM. Barakallahufik sahabat. =)


Lagu dan lirik ini khas buat beliau untuk menerbitkan album seterusnya...syukran =)

Monday, January 11, 2010

Kembara Padang Pasir =)


Raudhah + Munsyideen =)

Salam shbt2 pemangkin dunia nasyid sume, insyaAllah Raudhah dan Munsyideen akan bergabung tenaga utk membawa lagu irama tradisi ciptaan ahli kumpulan sendiri. Lagu ini sekian lamanya dinyanyikan sejak di SMAKL pada tahun 2004 oleh Suara SMAKL =)

semoga dengan kehadiran lagu ini dapat memberi semangat dan manfaat utk kita berhijrah membina empayar iman yang lebih baik aminnn insyaAllah =)

Dari padang pasir gersang
Merentasi terik sang mentari
Dari kejahilan menuju kejayaan

Bagi membina sinar gemerlapan
Cahaya agama yang kian pudar

Rasulullah...
Pemimpin ummah berjaya
Jasanya bagaikan mutiara
Yang menerangi seluruh alam raya

Negara maju hidup sejahtera
Bersatu padu mencapai cita
Al-Quran Sunnah teras utama
Unggulnya iman sejati perkasa

Pemuda pemudi tunggak negara
Tuntutlah ilmu asahlah minda
Hormati ibubapa rajin berusaha
Akhlak yg mulia disayangi semua


Lagu & Lirik : Muhammad Muzzammil Musbah - SELIMUTSURA (X-SMAKL)
tERpeLihara SejAk 2004

Sunday, January 10, 2010

Chaiyok2 Munsyideen!!! =)



Assalamualaikum shbt2 sume,
insyaAllah kumpulan Munsyideen akan menyertai Festival Nasyid Selangor 2010
yang akan diadakan pada 22 & 23 Januari ini, anjuran bersama JAIS daN Unisel
Bestari Jaya. InsyaAllah kumpulan kami akan menyertai kategori Tradisi.

Jom Ramai2 kita datang =)
Doakan kami shbt2 aminnnnnnnnnnnnnn...

RALAT- MUNSYIDEEN TIDAK DAPAT JOIN PERTANDINGAN KERANA SHBT2 ADA MASALAH YANG TAK DAPAT DIELAKKAN..KITA MERANCANG TETAPI ALLAH PERANCANG TERBAIK =)

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...