Followers

Sunday, February 28, 2010

Fareast, Munsyideen dan D G W A di Sambutan Maulidurrasul 1431H =)



Salam ya asdiqoei...pada 26 Feb 2010 bersamaan 12 Rabiulawal 1431H yang lalu, FarEast, Munsyideen dan DGWA telah membuat persembahan Marhaban dan Nasyid sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya. Bersiaran langsung di TV1 pada jam 10 pagi. Sinar mentari pada hari tersebut seakan-akan malu untuk meluahkan teriknya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun agak rasa terkilan dengan perjalanan program yang agak tidak memuaskan hati kami. Hanya Allah yang Tahu, ketika kami mengalunkan Marhaban hanya sebahagian kecil sahaja yang setia menanti dan menunggu mendengar persembahan dari kami semua. Segala-galanya untuk Allah dan RasulNya..

Namun begitu tidak mengapa, biarlah sedikit yang bersama kerana golongan yang sedikit inilah sebaik2 golongan. Kami Munsyideen dan FarEast mendendangkan marhaban dan selawat bagi menyemarakkan cinta dan airmata. Kumpulan DGWA pula mengalunkan lagu "Alangkah IndahNya" lagu yang sungguh menyentuh hati. Jika antum dapat hayati sudah tentu airmata mengalir kerana mengingatkan pengorbanan Baginda SAW. Munsyideen hanya diwakili Akhi Muzzammil dan Akhi Azizul, manakala Akhi Azri terpaksa pulang ke Johor kerana Tok (nenek) baru sahaja menghelakan nafas yang terakhir..al-Fatihah. Salam Takziah ya Akh..moga tabah selalu dan meredhainya pergi...

Foto2 yang berjaya kami kumpulkan dan sudah ana edit kan utk tatapan sahabat2 semua =)














Mencintai Rasulullah SAW bukanlah sekadar hangat2 tahi ayam, setiap detik dan waktu berselawatlah buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW.

Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

Kalau antum benar2 cintakan Nabi Muhammad SAW marilah sama2 kita berselawat ke atasnya, tak rugi manapun..wallahua'lam =)

Monday, February 22, 2010

Wan Hakimin wakil Munsyideen di bumi Jordon =)


Show semasa Ust Hasrizal dan Sdr Mazlee Malik di Unvct Mu'tah Jordon.


Show Kimi Munsyideen semasa sambutan Aidil Adha di Mu'tah Jordon.



Akhi KIMI Munsyideen =)

Salam shbt2 sume secara rasminya, Munsyideen sudahpun melamar Wan Hakimin Wan Mohd Nor sbg ahli Munsyideen yang kini belajar di Mu'tah, Jordon. Kini Munsyideen terdiri daripada 4 orang ahli. Ahlan wa Sahla Ya Akhi Kimi...nahnu nantazir =) Semoga kerjasama yang erat ini dilimpahi keberkatan aminnnn..bagi yang belum mengenali Akh Kimi boleh lihat di ruangan PROFILE sebelah kiri ye. Sebenarnya Wan Hakimin sudah lama bernasyid dengan kami namun belum rasmi. Akhirnya setelah difikir2kan kami bersetuju. Moga dengan kelebihan yang Allah Taala beri ini kita manfaat bersama utk umat.Salam Taaruf. =)

Munsyideen di Festival Nasyid Inter Kampus Uitm Malaysia =)



Salam shbt2 baru2 ini pada 21 Februari 2010, pihak Uitm Kampus Puncak Alam telah mengadakan Pertandingan Nasyid Peringkat Kampus Uitm yang diwakili oleh Uitm seluruh Malaysia. Pertandingan ini diadakan bersempena Sambutan Maulidurrasul peringkat Uitm Kampus Puncak Alam. Johan Pertandingan ini akan mewakili Uitm ke peringkat IPTA 2010. Alfun Mabruk buat kumpulan nasyid dari Uitm Perak kerana menjadi Johan Fes Nas pada kali ini, begitu juga yang lain jangan bersedih, bila sahabat kita yang menang maknanya mereka mewakili antum juga, sbg Daei kita berikan sokongan padu pada sahabat2 kita oke he2. Kami Munsyideen mendoakan kalian berjaya aminnn. =)


Antara Juri yang menghakimi Festival Nasyid tersebut adalah Saudara Muadz (Penasyid Hadith), Saudara Zaidi (Wildan) dan Saudara Muzzammil (Munsyideen). Pada hari sebelumnya telah diadakan peringkat saringan yang disertai 13 buah kumpulan nasyid dari Uitm seluruh Malaysia. Pada peringkat ini telah disaring, ditapis dan digoreng oleh sahabat2 dari UNIC he2. Syukran ya Ikhwah Jazakallah =)


Kita sebagai saudara semuslim perlu memperkukuhkan benteng2 persaudaraan agar lubang2 kecil yang menyakitkan mata itu akan tertutup dengan simen2 atau batu bata keimanan. Berkat doa kalian, pastikan Islam itu tertegak..secara berhikmah seperti yang di anjurkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Jangan pernah bosan mencuba utk menghasilkan produk2 Islam kerana zaman ini banyak metode yang boleh kita capai. Chaiyok2 sume =)

Ucapan Terima kasih buat pihak CITU, Uitm Puncak Alam dan Urusetia2 yg sporting terima kaseh byk2 ya. lain kali jemput lagi he2 mohon maaf juga atas kekurangan dan kesilapan sepanjang program tempoh hari. Tahniah buat warga Uitm kerana berjaya mengadakan program yang Vassssss!!! mmg sgt2 bagus..audience pun tidak berganjak, kami di beritahu lebih 1000 pelajar yang turun padang menyaksikan Festival ini..Alhamdulillah.

Ni antara gambar2 yang berjaya di ambil buat tatapan sahabat2 Raudhah dan Munsyideen.






Tuesday, February 9, 2010

Kejohanan Bowling Far East n Friend's

Salam shbt2, baru2 ini pada 6 Februari 2010...Far East Music Entertainment telah mengadakan satu pertandingan Bowling antara Kumpulan-kumpulan nasyid dan peminat-peminat nasyid. Pertandingan ini telah disertai oleh orang2 kuat nasyid di Malaysia yang terdiri daripada mereka yang bertugas samada di depan atau di belakang tabir..Objektif utama diadakan adalah untuk mengeratkan tali silatirrahim sesama penasyid2 dan peminat2. Antaranya Fareast, wakil Rabbani, Nasyeed.com, Unic, Perkim, SaffOne, De Jiwa, Munsyideen dan student2. Alhamdulillah Kump Munsyideen dengan kerjasama rakan2 berjaya memperoleh tempat ke-3 he2 (Balingan yang bagus dari abg Ash)
Mabruk buat semua yang terlibat..Salam UkhwahFillah. Antara Foto yang berjaya diambil he2



Meraih tempat ke-3 daripada 10 kumpulan alhamdulillah he2





Tahniah Fareast!!!Juara!!! =)

Tuesday, February 2, 2010

Kasih dan Janji buatmu Isteri..=)

Salam shbt2 Munsyideen, alhamdulillah lirik ini akhirnya siap juga..atas permintaan shbt ana yang ingin menghadiahkan lagu cinta buat isteri nya yg tercinta. Ana buat yang terbaik, segalanya terserah ana tiada masalah...kerana gabungan ilham yang didorong iman itu, lebih mantap jika digabungkan =) wallahua'lam

Gagasan hadith Rasulullah SAW :

"al-mu'minu kal bunyan, yasyuddu ba'dhuhu ba'dhon"


segala yang baik itu dari Allah Taala, semoga Akhi Fadhil sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta. aminnn


Kasih dan Janji buat Isteri

Pertama kali ku memandang wajahmu
saat itu hati ku merungkai janji
pertemuan yang mendamai sanubariku
bebunga cinta berputik mematri

aku terima nikah mu
bersemi cinta rindu di qalbu
ikatan lafaz dan janji ku
manis kalimah bersulam syahdu

kita bersama melayari kasih
mengadu rindu mengungkap tasbih
kita bersama melayari badai
mesra senyuman tidak terungkai

wahai isteri ku sayang
janji kasih tidak kan hilang
seluas langit indah terbentang
titian iman sunnah terbilang

cinta kita umpama Adam dan Hawa
Rupawan bak Yusuf dan Zulaikha
Setia rindu Ibrahim buat Hajar dan Sarah
Setulus kasih Muhammad dan Khadijah

Aku terima nikah mu
seadanya bertahta di jiwa ku
Pujian restu dan tadahan doa
sebagai isteri bidadari syurga

Lyric by : Selimutsura 2010

Monday, February 1, 2010

Munsyideen - kini bertiga berjuang + sokongan shbt2 =)


Salam berempah-ratus kan Ukhwah Fillah..alhamdulillah pada hari Ahad yang lepas Munsyideen telah dijemput membuat persembahan sempena Majlis Perkahwinan antara DR WAN ASYRAF WAN ZAIDI dan NORDILAILA di Wisma LJT, Tingkat 6 Dewan LJT, Melawati. Kami menghidangkan 5 buah lagu sebagai halwa telinga kepada kedua pasangan pengantin baru. Alfun Mabruk kami luahkan, kami doakan DR dan puteri pilihannya kekal hingga ke syurga..amin =)

apa yang terselit hikmah disebalik persembahan pada hari tersebut adalah, perancangan kami bertiga untuk membuat persembahan..dengan Izin Allah salah seorang ahli Raudhah (Akhi Muzakkir) yang menggantikan Akhi Azri secara mengejut tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana Atuknya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir..kalimah innalillahi wa inna ilaihi raji'un kami lafazkan...dan sedih melanda hati kami..sebenarnya Akhi Azri pula terpaksa ke Pulau Pinang bagi menguruskan majlis pertunangan adiknya. kami berdua (Azizul & Muzzammil) tabahkan hati dan meneruskan perjuangan ini..Takziah sahabatku..moga dirimu juga tabah..insyaAllah.. al-Fatihah.





Bertemakan warna keemasan, sangat menarik dan cantik..membawa maksud kekayaan...kekayaan apakah yang kita hendak dakapi dan miliki? apa yang pasti kekayaan hati dengan ilmu dan amal kebaikan yang tidak akan berkurangan..dibawa belayar ke akhirat..


kami MUNSYIDEEN mendoakan antum, moga sentiasa beringat..umur muda adalah masa untuk kita mengejar pahala berganda, meraih cinta yang hakiki dan abadi..insyaAllah =)

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...