Followers

Wednesday, April 14, 2010

ALBUM NASYID 2010 =)

Salam sahabat2 semua mai dapatkan album terbaru kumpulan nasyid kita ni...didoakan moga perjalanan nasyid mereka diredhai Allah =)















Monday, April 5, 2010

Kesibukan yang melanda satu Tarbiyyah =)

Akhi Memel, Akhi Azri, Akhi Agam..kusyuk bernasyid..hihi

Salam sahabat2 Munsyideen semua, rehlah di dunia ni bukan hanya sebagai satu santaian ataupun boleh dikatakan sebagai sampingan tetapi ia lebih kepada kembara dakwah. Pengulangan perkataan "DAKWAH" tidak pernah lekang daripada bibir-bibir para Mujahid dan Mujahidah dalam mengibar syiar yang agung. Rangkaian pengembara agung dunia Islam Ibn Battutah umpamanya menggunakan ruang dan peluang melalui jalan laut dan darat. Tetapi bagi kita kini..pengembaraan semakin mudah, tidak melayari lautan dan mendaki bukit bukau, meredah hutan sebagainya, akan tetapi dihadapan anda adalah pelayaran dunia melalui laman maya yang lebih cepat dan mudah.

Sabda Baginda SAW yang begitu popular "Ballghu anni walau aayah"
(Hadith Sahih Bukhari)

Untaian hadith Nabawi yang mengajak kita untuk saling berpesan-pesan kepada kebaikan dengan apa cara sekalipun asalkan ia tidak menyalahi metode-metode syariat Islam. Islam membawa sinar di segenap ufuk tak kira samada di timur, barat, utara dan selatan. Diutuskan Junjungan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat dan barakah serta membawa mesej-mesej daripada Allah Taala akan kesinambungan syariat Tauhid sepertimana yang diturunkan kepada para Rasul sebelumnya.Saidatina Aisyah menyebut bahawa akhlak Rasulullah SAW itu al-Quran ini menunjukkan bahawa Baginda SAW mempunyai keperibadian yang unggul untuk sama-sama kita jelajahi (ikutan) bersama.
Rasulullah SAW sudah meninggalkan kita lebih 1400 tahun yang lalu, namun haruman sunnahnya semerbak hingga kini..yang ada disisi kita adalah al-Quran al-Karim.

Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya (Riwayat Muslim)


Akhi Kimi yang kesejukan di sana =)
Bulan April sudahpun mendahului..dunia semakin pantas berlari, hinggakan masa meninggalkan kita. Alangkah rugi jika masa yang singkat ini kita mensia-siakan peluang yang ada. Mulakan pengembaraan anda kerana kesibukan yang melanda itu adalah satu Tarbiyyah untuk antum lebih berdikari dan matang meniti arus ini. Bagi kami Munsyideen masing-masing sibuk dengan kerja-kerja di pejabat dan kuliah namun begitu kami mencuri peluang dan ruang yang ada untuk berdakwah. Akhi Azri ketersibukannya dalam menguruskan perniagaannya, akhi Agam pula sibuk berlatih nasyid untuk pertandingan nasyid antara Jabatan Kerajaan yang akan bermula tak lama lagi, Akhi Memel pula memenuhi masa dengan kertas-kertas kerja dan assignment yang semakin menimbun, manakala Akhi Kimi di Jordon akan menghadapi peperiksaan pertengahan semesternya..Bittaufiq wa Najah buat semua..moga terus Success..

Salam Semerbak Harum =)

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...