Followers

Thursday, April 5, 2012

Munsyideen dan Nasyid


Assalamualaikum, syukur kehadrat Allah Taala memberikan ruang kali ini untuk kami meneruskan tinta penulisan di wadah nasyid Munsyideen. InsyaAllah untuk informasi terbaru, Munsyideen sedang merangka beberapa langkah baru untuk projek-projek khas tahun 2012.
Projek-projek ini merupakan satu langkah awal buat kumpulan baru seperti kami untuk terus memberi perkongsian mesej-mesej Islam yang lebih kepada sumbangan amal kepada masyarakat. Munsyideen tak sepopular mana, tetapi semampu membantu semahu-mahunya
untuk dakwah.

Kehebatan seni hiburan Islam ini luas jika kita lihat bagaimana pada 
zaman pemerintahan Islam Uthmaniyyah bukan sekadar hiburan bahkan mampu menggunakan muzik sebagai sumber membangkitkan 
semangat rohaniah,
menimbulkan keinsafan,
memupuk kasih dan cinta kepada agama dan
sebagai terapi penyakit yang mujarab dan lain-lain.
Ini memerlukan kajian yang mendalam, mungkin kita boleh
fikir-fikirkan. Sektor Kaji Muzik Islam! Barangkali!

Sudah tiba masanya, nasyid di Malaysia bangkit semula, keluar dari kelompok selesa dan mendatar. Semoga para munsyid di Malaysia
terus berkarya dari hati ke hati. Lirik dan lagu yang dicipta dengan ilmu dan iman, serta diamalkan sendiri oleh munsyid sendiri, insyaAllah kualitinya
 boleh menusuk ke qalbu umat.

Islah kan nasyid kerana trend dan irama pada masakini,
ramai penggemar bukan tegar nasyid, sudah mula membanjiri
wilayah nasyid, mereka mula kembali mencari seni hiburan yang
dikehendaki, sudah pastinya nama-nama besar 
seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz,
Inteam, Far East, Wildan, Saujana, UNIC, Devootees sudah sebaris
dalam industri nasyid. Namun, generasi kedua nasyid masih
belum mampu berdiri sebaris untuk mengulanginya.

Sebagai kumpulan nasyid generasi baru, dengan harapan kepada
sahabat pencinta nasyid dan hiburan Islam,
nasyid mempunyai labelnya, 
acuannya tersendiri,
seni yang tersendiri, 
istimewanya (standard).
lagu yang didendangkan
berunsur Islam, 
sudah pastinya ia sangat baik jika lirik baitnya baik,
melodi muzik juga baik tidak melalaikan,
penghayatannya juga baik,
jadi penerimaan juga akan baik, insyaAllah.

Bagaimana, satu masa dulu..kecil-kecil mudah hafal lagu-lagu
Hijjaz, Raihan, Rabbani..begitu mudah dan masuk ke jiwa,
berbeza dengan sekarang. Lagu dulu2 banyak
menyentuh asas-asas prinsip Islam, Iman dan amal ibadah.

Marilah sama-sama kita koreksi diri melihat dengan dalam.
Maaf atas penulisan ini, jika ada yang terguris, bukan
untuk apa-apa kepentingan tetapi
muhasabah, terutama buat generasi baru nasyid.
Belajarlah dari generasi pertama.
Wallahua'lam.





Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...