Followers

Tuesday, February 19, 2013

Semangat Baru

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim 

Sekian kami kongsikan untuk aktiviti-aktiviti yang terlibat sebelum ini.




Kata Imam abu a'la al-Maududi :


”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam,

pastikan salah seorangnya adalah kamu.

Seandainya ada 10 orang pejuang Islam,

pastikan salah seorangnya adalah kamu.

Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam,

pastikan dia ialah kamu....”

Doakan kami terus bersemangat untuk program seterusnya InshaAllah =)

Monday, February 4, 2013

Monday, December 10, 2012

Bebaskan Palestin 2012

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Pada 8hb Disember yang lalu inisiatif Aqsa Syarif, Videographez, Munsyid Malaysia dan sahabat nasyid berkumpul untuk menjayakan rakaman video klip lagu Bebaskan Palestin. Berkumpul di Pusat Sukan UPM dan bergerak ke Padang Ragut UPM.

Terima kasih di atas kerjasama semua, komitmen yang diberikan untuk menjayakan video klip ini walaupun terpaksa berpanas "sun burn" namun itu bukan alasan. Matlamat memberikan sokongan padu kepada saudara muslim yang sedang berjihad di Gaza dan Tebing Barat.

Pada hari tersebut diwakili oleh Inteam, Rabbani, Mestica, Dzil Afnan dan beberapa kumpulan yang lain. Tidak lupa juga warga Komuniti Videographez, Komuniti teman Inteam, pelajar ipt dan orang perseorangan.

Kami Munsyideen, turut sama menyokong apa jua program yang berkaitan walaupun ia sumbangan yang kecil dipandangan keramaian. Allah sentiasa menilai apa yang kita lakukan walaupun sebesar biji sawi.

Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih buat semua!

Berjuanglah demi akhiratmu!

-Munsyideen-

Gambar-gambar sumber dari Facebook kawan-kawan :









Bebaskan Palestin 2012, Allahu Mustaan!

Wednesday, December 5, 2012

Ya Badratim Wahai Purnama


يَا بَدْرَتِمْ



يَا بَدْرَتِمْ
Ya Badrotim
(Wahai bulan purnama)

يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ
Ya Badrotim ya badrotimmin haza kulla kamaali
(Wahai bulan purnama yang telah
mencapai segala puncak kesempurnaan!)

مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ
Maaza yu'a maaza yu'abbiru ‘an 'ulaaka maqoalii
(Bagaimana kata-kataku mampu
mengungkapkan ketinggian sifat-sifatmu?)

أَنْتَ الََّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُـلا
Antallazii asyraqta fii ufuqil 'ulaa (2x)
(Engkaulah yang telah terbit mentari
ilmumu di ufuk ketinggian dan kemuliaan,)

فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَلِ
Famahawta bil anwaari kulla dholaali (2x)
(Lalu dengan cahaya syariatmu
telah engkau lenyapkan segala kesesatan.)

وَبِكَ اسْتَنَارَ الْكَوْنُ يَا عَلَمَ الْهُدَى
Wa bikas tanaarol kaunu yaa ‘alamal hudaa (2x)
(Dengan kelahiranmu alam semesta
terang bersinar wahai ‘Gunung Petunjuk’,)

بِالنُّوْرِ وَالإِنْعَـامِ وَالإِفْضَالِ
Bin nuuri wal in ‘aami wal ifdhoali (2x)
(Bersinar dengan cahaya,
kenikmatan dan pelbagai kurnia.)

صَلَّى عَلَيْكَ اللََّهُ رَبِّ دَآئِمًا
Solla ‘alaikallahu robbii robbii daa’iman (2x)
(Semoga Allah Tuhanku melimpahkan
rahmat ke atasmu selama-lamanya,)

أَبَدًا مَعَ الإِبْكَـارِ وَالآصَـالِ
Abadan ma'al ibkaari wal asoalii (2x)
(Di waktu pagi dan petang,
dan sepanjang masa.)

وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مَنْ
Wa ‘alaa jami‘il aali wal as-haabi man (2x)
(Semoga rahmatNya dilimpahkan jua ke atas
seluruh keluarga dan sahabatmu iaitu orang-orang yang,)


قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَالِ
Qod khossohum robbul ‘ulaa bi kamaali (2x)
(Telah dikurniakan keistimewaan dengan kesempurnaan
oleh Tuhan yang memiliki segala sifat ketinggian dan kemuliaan.)

Tuesday, December 4, 2012

Bersama Bro Sham Kamikaze

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Segala Puji bagi Allah Tuhan Pemilik Sekelian Makhluk.


Menemukan kami dengan Bro Sham Kamikaze, memberi nafas baru dalam dunia dakwah. Moga-moga Allah memudahkan perjuangannya dalam memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup golongan artis. Hijrah!



Usai Show di KUIS
Teruskan sokongan anda buat saudara2 kita di Palestin!!! Kemenangan semakin hampir..Allahuakbar ^^)


Perjuangan kita bukan ikut musim, perjuangan wajib tanpa musim.

Menyumbanglah selagi masih ada hayat, beramallah bersama Upin dan Ipin.

Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan membantu kita.

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...