15 maksiat yang akan menurunkan bala :
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah SAW bersabda :
Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti turun kepada mereka
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturut sahaja kehendak isteri.
5 & 6. Anak derhaka terhadap ibunya sedangkan dia terlalu baik dengan kawannya.
7. Suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid. (berkata sia - sia)
9. Ketua suatu kaum adalah orang yang terhina antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis disanjung - sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi sahabat.
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”. (H.R Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment