Followers

Sunday, May 9, 2010

Munsyideen - cas "Kuasa"


Salam sahabat2 munsyideen, antum apa khabar ya..lama sudah tidak dicoretkan cerita di blog ini. Kelihatannya tampak jua suramnya...huhu maaf lah semua kerana kekangan masa yang Allah aturkan menambah hikmah kehidupan yang perlu kita fahami dan selami. Masa bukan umpama emas sahaja tetapi umpama pedang yang tajam, persis melukakan orang yang dalam kerugian. Dunia berpusing-pusing pada paksi menunjukkan kelibat peranannya sebagai makhluk Allah Taala yang taat dan patuh.

Sekitar bulan ini kelazatan beribadah belum mantap, bagi kami Munsyideen menjanakan kuasa yang semakin malap, masing-masing mengambil berat pada dunia sehingga akhirat kadang2 sahaja terlalai terlupa. Main-main di bumi sepatutnya main-main dengan sungguh-sungguh agar bukan sahaja dapat merasai keletihan bermain tetapi kepuasan dan nikmat. Islam menonjolkan cantiknya pada segenap kronologi kehidupan manusiawi tak pernah lelah, tak pernah terhalang oleh arus masa yang semakin mencabar.

Nasyid medan kami bertiga mengangkat nilai-nilai yang telah lama subur, benih-benih yang Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda semai bermula di Kota Suci ke Kota Cahaya menilai sejauh mana kami boleh bertahan, setidaknya menjadi satu aura "Kuasa" yang menjana Hati, akal dan jasad kami utuk terus berdakwah. Kuasa yang kuat boleh menghasilkan tsunami keimanan dan ketaqwaan yang menusuk qalbu, alangkah baiknya cas-cas kuasa ini bergabung.

"Cas-Cas positif menghasilkan Kuasa untuk berjuang" =) Dia yang Maha Tahu

No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...