Followers

Thursday, March 4, 2010

Akhi Amin selamat tiba di KLIA =)


Salam sahabat2, alhamdulillah Akhi Amin selamat pulang ke Tanah Air setelah berada lebih kurang 2 minggu di UK. Banyak pengalaman yang ingin di kongsi bersama ketika beliau berada di sana. Walaupun tanpa kehadiran Akhi Syah, Akhi Rahim dan Akhi Fairuz yang di hantar pulang oleh pihak imegresen London setiba di sana..namun dengan semangat, doa dan sokongan tidak berbelah bahagi oleh pihak Inteam, Komuniti Teman Inteam (KTI) dan juga pihak pengurusan persembahan di London banyak membantu menjayakan Show di Sheffield, London. Semoga segala peristiwa yang berlaku menguatkan lagi hati-hati Daei ini, kerana perjuangan menegakkan kalimah Allah itu manis =) Skuad Terjah KTI (Akhi Husaini, Akhi Safa, Akhi Mzml, Akhi Rahim) menerjah Akhi Amin di KLIA. Bagi yang ingin tahu coretan Sana Sini Inteam di UK sila lawati laman maya www.inteam.com.my


Antara gambar2 buat tatapan sahabat2 nasyid dan seperjuangan.


Sepertinya sekian lama tidak ketemu =)


Akhi Amin dan Akhi Rahim (INTEAM)..Akhi Syah tidak dapat hadir =)


Ketua Skuad TERJAH KTI..YAB Tuan Tanah KTI Akhi Husaini =)


Ini la Skuad TERJAH KTI yg berjaya menerjah Akhi Amin Inteam di KLIA =)

Cinta Islam itu Cinta Luar Biasa kerana ...Firman Allah Taala :

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali(agama) Allah,dan janganlah kamu bercerai-berai,dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliyah) bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara,sedangkan (ketika itu) kamu berada di jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”(surah A`li-Imran,3:103)

“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63)

Gagasan Hadith Nabi SAW :

“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥

No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...