Followers

Tuesday, November 23, 2010

Semuanya kembali pada Allah. Dunia akan hancur jua...



Assalamualaikum,
Sepuluh jari ana hulurkan kerana lama tidak meng "update" blog kesayangan ini. Alhamdulillah baru2 ini satu kejadian telah berlaku melibatkan keluarga Munsyideen. Adik Ipar kpd Akh Azri telah meninggal dunia akibat kemalangan di Kajang. Allahyarhamah Nurul Natasya bte Abd Rahim meninggalkan suaminya yang diijab kabulkan pada awal tahun dan anak kecil berusia 2 bulan. Allah mengambilnya dalam usia yg muda, menyayanginya..

Kalau kalian perasan kami pernah menerima jemputan membuat persembahan pada majlis walimah mereka pada bulan Mei tahun ini, dan ana ada tagged videonya di blog. Kita yg masih hidup sama-samalah saling beringat bahawa mati itu pasti, tidakkan lewat sesaat dan tidak lambat sesaat. Segalanya kuasa Allah Taala membuktikan, apa yg kita miliki ini hanyalah pinjaman sementara dan satu hari nanti kita akan memulangkan kembali pada pemilik sebenar.

Qauluhu Taala (Firman Allah Taala) Surah al-Mulk (2):

الَّذِيْ خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلَُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"yg menjadikan mati dan hidup agar Dia menguji kamu siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya.."

Qauluhu Taala fil Quranil Adzhim :

جَآءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُوْنَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُوْنَ

"maka apabila telah datang waktunya mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya". (al-A’raaf: 34)

Shbt2 Munsyideen turut sama menghadiri upacara pengkebumiaan di Tanah perkuburan Islam Kg. Datuk Keramat berdekatan Stesen Putra Jelatek. Alhamdulillah apabila bacaan talqin dimulakan, Allah merahmati upacara dengan hujan rahmat selebatnya, kami membiarkan berbasah sambil menginsafi dan mengambil iktibar, tanah merah mula mencair (lecak). Di penghujung majlis mulia ini, iringan doa dan al-Fatihah sebagai kata - kata akhir. Maka terpisah lah antara 2 alam yang berbeza. Moga ruh nya bersama para solehin..muttaqin aminnn


Perkembangan nasyid kini kian mantap banyak juga yang masih menyimpang. Mereka perlu melihat kepada rujukan Malamih al-Mujtamak al-Muslim karangan Dr. Yusuf al-Qaradawi agar konsep nasyid yang diperjuangkan mengikut landasan syara'. Niat yang baik sudah bagus tetapi cara nya seakan2 bukan nasyid. Persoalan yang timbul ingin berdakwah kpd golongan remaja (Rock, Hip Hop, Rap etc) tetapi penampilan, gaya, lagak ala2 mereka. Jadi siapa yang dakwah siapa??? akhirnya diri sendiri tersesat(mengikut cara mereka). Apa jua genre muzik dan nasyid mestilah selari dengan gerak nafas syara', Islam sudah meletakkan garis panduan..sumber banyak yang boleh diperolehi atas usaha kalian untuk mencarinya. Mencari Keredhaan Allah Taala adalah sesuatu yg abstrak moga2 amalan kita diterima Allah inshaAllah.


Mukaddimah Pra Dengar Acapella Kembara Hijrah

Perkongsian sedikit Intro2 Padang Pasir =)

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...