Followers

Monday, March 15, 2010

Munsyideen - Bekerja dengan "ikhlas" bukan "e-class"

Assalamualaikum...shbt2 sekalian =) Hati antum sehat??? Warna warni kan hati2 kita dengan amalan2 wajib dan sunat, perindahkan degupan dan denyutan nya dengan tazkir dan tarbiyyah, perhalusi di setiap rongga darah dengan elektron-elekton positif...kami MUNSYIDEEN mendoakan sahabat2 semua berbahagia sentiasa aminnn =)


“Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162)

Pada setiap jemputan yang kami hadiri, sepertinya penerimaan masyarakat tentang nasyid@hiburan islami mendapat sambutan yang menggalakkan. Nostalgia pakcik makcik, atuk2 nenek2 dengan kumpulan nasyid seperti al-Mizan, al-Hidayah, the Zikr, Nadamurni dan sebagainya masih berlegar2 di corong2 radio. Bila show live, mereka lebih terbuka menggunakan alatan muzik ala2 okestra. Sejarah nasyid pun berkembang dengan kedatangan Irama nasyid Kontemporari yang dipelopori oleh kumpulan Raihan dan Nowseeheart ketika itu. Sebenarnya buih2 idea ini bercambah sejak zaman persekolahan lagi. Keikhlasan menyampaikan dakwah dan berjuang ke jalan Allah mereka berjaya mengangkat martabat nasyid di mata peminat2 muzik tanahair malahan kerja2 dakwah ini meresap ke dalam jiwa2 insani.


Far East memperjuangkan irama Tarannum.


Kegemilangan Rabbani bersama arwah Ust. Asri Ibrahim.


Inteam kini memilki syarikat rakaman sendiri yang berjaya.

"Bekerja dengan Ikhlas adalah berbeza bekerja dengan E-Class". Walaupun masa dahulu cabarannya adalah terhad dan sukar, tapi apabila Hati berkata "aku ni bernasyid bukan sebab nak popular dan kaya, tetapi aku ni Daei, rezeki aku terima seadanya, moga aku menjadi org bersyukur"...Realiti kini, tawaran undangan nasyid semakin rancak dengan kehadiran anak2 muda yang menyambung warisan tradisi dakwah melalui hiburan. Tetapi sedih juga bilamana melihat kumpulan2 nasyid sepertinya bukan kumpulan nasyid..wallahua'lam tepuk dada tanya Iman, hujahnya mungkin mengikut edaran zaman, dan dasar keterbukaan. Dalam Islam dasar terbuka itu ada sempadannya yang membezakan kita orang Islam dengan orang bukan Islam, penasyid dengan bukan penasyid. Fikir2 kan =)

Firman Allah Taala :

"Berkata iblis: Ya Tuhanku, oleh karena Engkau telah menetapkanku sesat, sungguh akan kuusahakan agar anak manusia memandang indah segala yang tampak di bumi dan aku akan sesatkan mereka semua....Kecuali hamba-hambaMu dari antara mereka yang ikhlas.........(Al-Hijr: 39-40)

Ada pula trend sekarang ini, bila dijemput sebagai artis undangan sesuatu majlis mereka "Demand" dengan harga yang tinggi, show nya pula sekadar melepaskan batuk di tangga, tiada kesungguhan tetapi mahukan kepopularitian..ermm betul ke ayat ni he2 ini yang kami labelkan sebagai "E-CLASS". Jangan lah begitu sahabat2 nasyid, kita perlu ada rasa sebagai "DAEI". Dakwah melalui teladan akhlak, pakaian, pergaulan/komunikasi, lagu dan lirik yang ada Ruh Islami.


Hakimin (Munsyideen) membuat persembahan bersama teman2 MPP di Kuis dahulu.

Imam Syafi’e pernah memberi nasihat kepada seorang temannya :
“Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia ridha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu karena Allah Azza wa Jalla.”

"Ikhlas adalah buah2 yang di petik, enak rasanya, rangup di mata dan hati =)"

No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...