Followers

Group Profile

Sejarah Penubuhan

Munsyideen telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006. Idea penubuhan nama Munsyideen telah dicetuskan oleh Saudara Ito Lara (Penulis lirik nasyid). Munsyideen telah mendapat bimbingan oleh Saudara Ahmad Fadzli Bakar (FarEast) dan sempat merakamkan lagu HABIL & QABIL yang dimuatkan di dalam album Halawatul Iman pada tahun 2006 sebagai jemputan.

Munsyideen ditubuhkan kesinambungan Nasyid SMK Padang Tembak 2001-2004 (An-Najah) yang menjadi pencetus kumpulan nasyid melangkah ke peringkat negeri Kuala Lumpur & kebangsaan ketika itu. Dianggotai 4 orang anak muda.

Kini Munsyideen bergerak secara profesional, menerima pelbagai jemputan, program dakwah, motivasi dan sebagainya. Munsyideen bukan sekadar hanya bernasyid, tetapi menjalankan usaha-usaha dakwah yang lebih terkini dan luas.

Munsyideen :
1. Mohammad Azri b. Zakaria (Kuala Lumpur IUC)
    Kini : Bekerja Pengurus Syarikat
    Pendidikan : SMK Padang Tembak, Jln Semarak (98-02)
 
2. Wan Hakimin b. Mohd Nor (Mu'tah University)
   Kini : Bekerja Imam

   Pendidikan : Maahad Tahfiz Madinatul Ilmi, Kelantan


 3. Muhammad Muzzammil b. Musbah (UKM)
     Kini : Bekerja Marketing
     Pendidikan : SMK Padang Tembak (00-02)
                          SMA Kuala Lumpur (03-04)


4. Azizul Hakim b. Mohammad Akhir (YPC College)
    Kini : Bekerja Bilal
    Pendidikan : SMK Padang Tembak, Jln Semarak (97-01)

Hubungi Pengurus Munsyideen untuk jemputan :
En. Muhammad : 013-2127 527
atau emelkan ke : mee_melz@yahoo.com


Penglibatan
2012 :
-Persembahan Ekspo Buku Islam 2, Putrajaya
-Bacaan Zikir Istighosah al-Kubro, Masjid Wilayah

2011 :
-Persembahan sempena Musabaqah Tilawah Antarabangsa di PWTC
-Persembahan sempena Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan, Masjid Negara.

2010 :
-Artis jemputan persembahan Sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan 1431H siaran langsung RTM 1 di Putrajaya.

(Pencapaian IPT/Terbuka)
2009 :
Naib Johan ipta/ipts Nasyid Maal Hijrah 1430H (Selangor)
Naib Johan WPKL Nasyid Belia Kem.Belia & Sukan (KBS)
2008 :
Johan WPKL Nasyid Belia Kem.Belia & Sukan (KBS) ke peringkat kebangsaan
Naib Johan Kebangsaan Nasyid Belia (KBS)
2007 :
Naib Johan Festival Nasyid Selangor
(kategori kontemporari)
Ke-3 Festival Nasyid Selangor (Kategori tradisi)
2006 :
Anugerah Artis Nasyid Baru Terbaik, Nasyid Minggu ini anjuran Jakim dan RTM

(Pencapaian Zaman Sekolah)-SMK Padang Tembak KL

2004 :
Ke 3 - Festival Nasyid Maal Hijrah (WPKL)

2002 :
Johan WPKL Pencegahan Dadah (ke peringkat kebangsaan)
Naib Johan WPKL Festival Nasyid Maal Hijrah


MUNSYIDEEN
“Brotherhood is the key of da’wah”


No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...