Followers

Sunday, February 28, 2010

Fareast, Munsyideen dan D G W A di Sambutan Maulidurrasul 1431H =)



Salam ya asdiqoei...pada 26 Feb 2010 bersamaan 12 Rabiulawal 1431H yang lalu, FarEast, Munsyideen dan DGWA telah membuat persembahan Marhaban dan Nasyid sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya. Bersiaran langsung di TV1 pada jam 10 pagi. Sinar mentari pada hari tersebut seakan-akan malu untuk meluahkan teriknya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun agak rasa terkilan dengan perjalanan program yang agak tidak memuaskan hati kami. Hanya Allah yang Tahu, ketika kami mengalunkan Marhaban hanya sebahagian kecil sahaja yang setia menanti dan menunggu mendengar persembahan dari kami semua. Segala-galanya untuk Allah dan RasulNya..

Namun begitu tidak mengapa, biarlah sedikit yang bersama kerana golongan yang sedikit inilah sebaik2 golongan. Kami Munsyideen dan FarEast mendendangkan marhaban dan selawat bagi menyemarakkan cinta dan airmata. Kumpulan DGWA pula mengalunkan lagu "Alangkah IndahNya" lagu yang sungguh menyentuh hati. Jika antum dapat hayati sudah tentu airmata mengalir kerana mengingatkan pengorbanan Baginda SAW. Munsyideen hanya diwakili Akhi Muzzammil dan Akhi Azizul, manakala Akhi Azri terpaksa pulang ke Johor kerana Tok (nenek) baru sahaja menghelakan nafas yang terakhir..al-Fatihah. Salam Takziah ya Akh..moga tabah selalu dan meredhainya pergi...

Foto2 yang berjaya kami kumpulkan dan sudah ana edit kan utk tatapan sahabat2 semua =)














Mencintai Rasulullah SAW bukanlah sekadar hangat2 tahi ayam, setiap detik dan waktu berselawatlah buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW.

Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

Kalau antum benar2 cintakan Nabi Muhammad SAW marilah sama2 kita berselawat ke atasnya, tak rugi manapun..wallahua'lam =)

No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...