Followers

Monday, October 18, 2010

Munsyideen - Perjuangan baru bermula


Assalamualaikum sahabat semua, alhamdulillah Munsyideen baru sahaja menyiapkan profile terbaru bagi memudahkan urusan kami dan pihak jemputan semoga perjuangan ini diberkati Allah Taala =) aminnnn doakan kami sahabat2 semua.











"Cinta kepada Allah memiliki ruang segalanya, terbuka pintu kasih sayang sesama manusia, memberi cahaya belas kasihan kepada makhluk-makhluknya" wallahua'lam

Monday, October 4, 2010

Irama Padang Pasir Gersang (^^.)


MUNSYIDEEN - rEunion


Nantikan single Munsyideen =)

Assalamualaikum para sahabat2 yang ana cintai sekalian, setelah sekelian lama menanti..sejak tahun 2004 kini terhasil single pertama kami insyaAllah tidak lama lagi. Sebelum kita pergi jauh mengembara ana ingin ceritakan serba sedikit sejarah lagu ini. Pada awalnya idea penciptaan lagu ini tercetus apabila pihak sekolah ingin menghantar seangkatan kumpulan nasyid yang pada masa itu dikenali sebagai Suara SMAKL. Pada tahun 2004 itu merupakan kemuncak kejayaan sekolah SMAKL ke peringkat kebangsaan setelah kesekian lama tidak mewakili wilayah prsekutuan Kuala Lumpur ke Pertandingan Festival Nasyid Maal Hijrah, sengit pada waktu itu apabila beberapa sekolah yang dianggap hebat dalam seni ala2 arab ni seperti SMK Padang Tembak KL, SMK Segambut Jaya KL, SMK Raja Ali dll..namun dengan laungan Allahuakbar kami menemani sorakan kejayaan buat kali pertama dalam Festival tersebut. Mengukir nama seramai 15 orang ke peringkat Kebangsaan.

iDEA untuk mencipta lagu ini, sebenarnya secara tak formal maksudnya, secara on da spot ana merekacipta nya. Bertemankan meja sebagai gendang dam dum dam..suasana malam yang agak sunyi, rasa tenang sangat pada malam itu..selesai solat insyak...lalu idea lagu berbentuk Tarannum itu datang. Asas tarannum yang dicungkil oleh Ustaz Nik Azizan TV9 sewaktu masih mengajar di SMAKL memberi alunan-alunan yang berirama. Kalau diikutkan irama padang pasir ini, di SMAKL belum pernah wujud kerana Suara Smakl very2 familiar dengan alunan kontemporari dan harmonizing. Jadi ana garapkan ia dalam seni ala2 arab dan kontem agar cantuman2 ini membentuk satu lagu yang menarik dan mudah difahami. Lirik zaman sekolah yang mempunyai nilai klasik, terkenang ana pada lirik tersebut kerana bahasa adalah mudah dan simple untuk dihayati.

Ikhlas merekacipta sesebuah lagu dan lirik suatu yang berlainan. Ada yang cipta lagu sahaja, dan ada lirik sahaja. Namun bagi ana lagu padang pasir ini irama lagu dan lirik seiringan. Sukar untuk ana gambarkan kerana 6 tahun dahulu punya cerita. Idea-idea mencipta lagu berbentuk tarannum kini diterima ramai apatah lagi, budaya ala2 padang pasir ini lebih melambangkan "Islamic Culture". Kami mendapat sokongan daripada abg2 FarEast apabila mereka beri galakan agar sentiasa ada kumpulan nasyid masakini yang masih memperjuangkan irama ini. Bagi Munsyideen lagu2 berbentuk sebegini mempunyai nilai yang berharga, sukar untuk kami gambarkan betapa klasiknya lagu2 ini. Wallahua'lam

cetusan idea dan ilham semuanya datang dari Allah Taala, dan kelebihan ini kami sampaikan demi Islam tercinta =)

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...