Followers

Sunday, February 6, 2011

Perancangan 2011 - Nasyid semakin mencabar

Assalamualaikum buat semua sahabat2 yang setia..
Kami Munsyideen memohon kemaafan, kelewatan meng-update blog nasyid kesayangan ini. Namun begitu itu bukanlah bermaksud kesibukan itu menghalang kami untuk terus berdakwah dalam irama seni suara. Semakin banyak halangan semakin gigih kita berjuang..inshaAllah =)

untuk sahabat semua, maklumat terkini..Munsyideen kini dalam perancangan untuk merekodkan dan melabelkan lagu Hijrah "dari padang pasir gersang" menjangkau usia 8 tahun sejak dicipta di SMAKL pada tahun 2004. Walaupun lagu ini sudah merata-rata dinyanyikan oleh pelbagai kumpulan tetapi inilah mesej yang perlu disampaikan dan berterusan di gunapakai.

Lagu-lagu nasyid sudah pastinya memerlukan "RUH ISLAMIAH" yang menusuk jiwa insan, lahir2 tertubuhnya kumpulan nasyid Raihan dan Hijjaz membelai lagu yang mendamaikan dan kecintaan pada agama Islam. Lirik yang mudah difahami dan jelas memudahkan lagu-lagu nasyid dahulu lebih evergreen berbanding lagu-lagu masakini.

Terapi jiwa (Zikir) contohnya mengandungi hikmat dan kesan pada pembangunan jiwa. Selayaknya lagu - lagu nasyid mestilah membuat para pendengar mendapat pahala sebagai contoh lagu2 Sami Yusuf dan Maher Zain yang berjaya, ana nobatkan sebagai Pendakwah muzik bertaraf dunia. "InshaAllah3x"

Kami bersyukur walaupun nama tidaklah seperti Rabbani, Hijjaz,Raihan dan lain2nya kami tetap mendukung irama nasyid, sebagai cabang dakwah melalui seni muzik. Yang paling utama dalam berdakwah adalah keikhlasan perjuangan. wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...