Followers

Tuesday, February 15, 2011

Allah kasihkan hambaNya, Rasulullah kasihkan umatnya

Alhamdulillahi Rabbil alamin Rabbul Ghafur
Allahumma Solli Ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajmain

Bertiti berjalan, bertatih, merangkak, merengek, mata belum terbuka..

Kitaran manusia dilahir kedunia selepas ibu menjaga dan menanggung beban mengandungkan kita selama 9 bulan lebih di dalam rahimnya. Rezekimu sudah tercatat segala ketentuanNya untukmu membesar dewasa dan akhirnya tua bongkok, ingatan pun semakin kurang, tak kurang yang nyanyuk seakan - akan kembali kezaman kanak - kanak.
Kudrat pun sudah tak terdaya lagi.

60 tahun bukanlah umur yang panjang, bayangkan diri kini sudahpun 20-an hanya tinggal 40 tahun..tetapi itu semua kehendak Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin awal mungkin lambat. tAPI ramai orang berfikrah bahawa usia untuk "enjoy, enjoy, enjoy". Itulah simbol kejahilan umat masakini..alangkah sedihnya.

Orang yang melihatnya sedih dan terasa hiba apatah lagi kalau Nabi kita Nabi Muhammad SAW yang melihatnya..sudah pasti tangisan Baginda SAW yang mulia begitu menduka citakan, namun Nabi kita penuh dengan sifat belas kasihan, sayang akan umatnya, umpama sebuah kisah di Thoif..Nabi Muhammad diejek dihina dibaling sampah dan najis namun..Lembutnya hati Baginda,agungnya peribadinya..siap mendoakan kesejahteraan mereka.

Allah Taala tidak pernah mengira, kerana sifat Ar-Rahman Ar-Rahim Dia memberi kesihatan, rezeki, terutama yang muslim nikmat iman, bila kalian dalam kesusahan kembalilah pada Allah, Dia memberi jalan, jangan hanya pada waktu susah sahaja baru kembali. Alangkah sunyi hari tanpa zikir, tanpa alunan al-Quran dan ibadat memujiNya..kosong jiwa, hitam hati, longlai iman..tiada rasa takut..ruginya kita.

Kembalikan cinta kamu..pada Allah, Rasulullah dan saudara - saudara muslim, sebarkan cinta pada umat manusia kerana diutuskan Muhammad SAW kepada sekelian alam untuk menyempurkan akhlak yang mulia.
Selamat Bertunang Akhi Azri. Mabruk3
Hantaran2nya

No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...