Followers

Tuesday, October 18, 2011

Obat Hati


Hebatkan Tentatif Harian Anda Mantapkan yang 5 (^^.)/

mari kita dengarkan lagu dendangan Opick (Ubat Hati)


Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

Koor :
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
Moga-moga Alloh Taala mencukupi

Semoga Allah, membuka pintu hati kita, menerima hidayah mencintaiNya selalu =)

Tuesday, October 4, 2011

Aura Cinta : Munsyideen





Cinta Pada Allah Pemberi Semangat
Cinta Pada Allah Penguat Sanubari
Membina Ketulusan & Keikhlasan Menerima Segala Ujian


Ya Allah Suburkan Kekuatan
Untukku Menghadapi Cabaran
Ya Allah Tunjuki Jalan Kebenaran
Bukan Mudah Berjuang TanpaMU


Chorus:


Hadapi Segala Rintangan
Dengan Penuh Keimanan
Tetap Mara Kehadapan


Langkah Kini Mula Tercipta
Mencari keredhaan
Teruskan Perjuangan


Lagu & Lirik : Selimutsura

Wednesday, September 21, 2011

Show Munsyideen di Pahang & Kuala Lumpur

Sekitar Majlis Walimah di Bandar Muadzam, Pahang & Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur buat tatapan sahabat-sahabat semua, Jazakumullah khaira jaza' buat pasangan pengantin dan ahli keluarganya, tahniah diucapkan =)


18/9/2011 Taman Tasik Titiwangsa, Walimah Azri (Munsyideen) & Nur Diyana








17/9/2011 Dewan Seri Ilmu,Bandar Muadzam Shah, Pahang. Walimah Thalhah & Hakimah, Shaiful & Nisa'.









Firman Allah yang maksudnyanya;

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".

( Surah Al.Hujurat ; 13 )

Tuesday, September 13, 2011

Terminal Cinta

Dikesempatan ini yang masih berbaki kami Munsyideen ingin mengucapkan Salam Eid al-Mubarak, maaf zahir dan batin kepada semua muslimin & muslimat. Semoga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan kembali, inshaAllah ada rezeki dan umur yang panjang aminnn..

Bulan Ramadhan yang lepas, Munsyideen mengurangkan aktiviti luar kerana ingin memberi tumpuan kepada bulan yg sangat barakah ini, memandangkan ahli-ahli Munsyideen mempunyai tanggungjawab sosial yang lebih aula' (penting). Alhamdulillah ada yang menjadi Imam & Bilal di masjid & surau di kawasan perumahan. Disamping itu mensibukkan diri dengan mengambil peluang yg terhidang disediakan oleh Allah Taala kepada semua muslimin & muslimat. Kali ini takkan kami lepaskan peluang. Didoakan kepada semua memperoleh apa yang dicari selama ini sepanjang tempoh tersebut.

Setibanya Syawal, masih hangat lagi terasa dengan ziarah & rumah terbuka. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan nikmat kesihatan & kesempatan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang bakal & sudah mendirikan rumahtangga, senantiasa kami doakan akan kebahagiaan yang kekal abadi sampai ke syurga hendaknya amin Ya Rabbal Alamin.

InsyaAllah, selepas sebulan lebih berehat Munsyideen akan menyambung kembali aktiviti berdakwah dengan bernasyid, halwa telinga, seruan mengingati Allah Taala. Bulan September kami akan memenuhi 2 jemputan perkahwinan. Kami akan buat yang terbaik istimewa buat kedua-dua bakal pengantin.

17/9 - Walimah Saudari Hakimah & Talhah  & di Bandar Muadzam Shah, Kuantan
18/9 - Walimah Saudara Azri (ahli Munsyideen) & Diyana di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Doa khas untuk antum =)

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

Monday, August 8, 2011

Singgah Kembali ^^.)

Assalamualaikum, maaf buat sahabat2 semua, lama sudah terbengkalai blog Munsyideen ini, tapi dakwah kami tak pernah pun terbengkalai =)

Sabda Baginda SAW yang terkenal yang bermaksud : "Ballighu Anni walau Aayah"

Apa kabar sahabat2 semua? semoga dalam pelihara Allah selalu. Kami juga ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua, Salam Ramadhan Kareem ^^.) kullu am wa antum bi Khoir.

Posting terbaru adalah show terbaru Munsyideen sepanjang yang lepas :

18 Jun 2011 - Show Amal bersama FarEast & Wow & Rabbani di Dewan Kebudayaan, Seremban.



19 Jun 2011 - Show Amal Munsyideen, Wow & FarHein di Tmn Selaseh, Gombak~ Show yg paling sempoi abad ini hihi, demi dakwahmu =)



Rasulullah SAW pernah bersabda :
" Sesiapa yang pada sebelah pagi & petang membaca SUBHANALLAH WA BI HAMDIH
sebanyak 100 kali dihapuskan kesalahan-kesalahan walaupun sebanyak
buih di lautan."

[ Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim ]

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...