Followers

Monday, August 8, 2011

Singgah Kembali ^^.)

Assalamualaikum, maaf buat sahabat2 semua, lama sudah terbengkalai blog Munsyideen ini, tapi dakwah kami tak pernah pun terbengkalai =)

Sabda Baginda SAW yang terkenal yang bermaksud : "Ballighu Anni walau Aayah"

Apa kabar sahabat2 semua? semoga dalam pelihara Allah selalu. Kami juga ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua, Salam Ramadhan Kareem ^^.) kullu am wa antum bi Khoir.

Posting terbaru adalah show terbaru Munsyideen sepanjang yang lepas :

18 Jun 2011 - Show Amal bersama FarEast & Wow & Rabbani di Dewan Kebudayaan, Seremban.



19 Jun 2011 - Show Amal Munsyideen, Wow & FarHein di Tmn Selaseh, Gombak~ Show yg paling sempoi abad ini hihi, demi dakwahmu =)



Rasulullah SAW pernah bersabda :
" Sesiapa yang pada sebelah pagi & petang membaca SUBHANALLAH WA BI HAMDIH
sebanyak 100 kali dihapuskan kesalahan-kesalahan walaupun sebanyak
buih di lautan."

[ Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim ]

Tuesday, June 7, 2011

SHOWCASE AMAL SHUHADA ATTAQWA ^^.)


SHOWCASE INI MEMBARISKAN LEBIH 50 ARTIS NASYID MALAYSIA BAGI MELANCARKAN TABUNG AMAL KEPADA SAUDARA - SAUDARA KITA ANAK2 YATIM DI MADRASAH ATTAQWA ATAS KEJADIAN BARU-BARU INI. SEMOGA DENGAN SUMBANGAN IKHLAS INI DAPAT MERINGANKAN DAN MEMBANTU. MASUK ADALAH PERCUMA =)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”


(Riwayat Bukhari)

Wednesday, May 25, 2011

Show Munsyideen di Kundang (21. Mei. 2011)

Assalamualaikum, alhamdulillah baru2 ini kumpulan Nasyid MUNSYIDEEN, AL-GHAZI & LITTLE MUSLIM telah menjayakan satu majlis Walimah antara Wan Afif & NurLaila, segalanya berjalan dengan lancar, dimulai dengan selawat, lagu Nurkasih, Selamat Pengantin Baru dan lain-lain. Berikut adalah gambar yang sempat di lensa kami buat tatapan sahabat2 semua =)










BARAKALLAHULAKUMA WA BARAKA ALAIKUMA WA JAMAA BAINAKUMA BIKHOIR =)

Sunday, May 15, 2011

Kalau kita bersyukur, Allah akan Tambah lagi..=)

Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita semua: “Tiga perkara siapa yang memilikinya nescaya Allah pasti melindunginya di bawah lindungan-Nya dan Allah memberi rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam syurga, iaitu orang yang apabila ia diberi sesuatu nikmat ia bersyukur, apabila ia berkuasa membalas, tetapi ia memaafkan, apabila ia marah, ia menahan kemarahannya.” (Hadis riwayat Al-Hakim)

Assalamualaikum perkongsian pengalaman sepanjang berada di Riau, perkongsian dakwah yang begitu memuji kebesaran Allah, Ibrah tergambar. Sahabat2 Munsyideen boleh layari Blog : www.najmeeqamar.blogspot.com

Ana disini ingin berkongsi foto2 Munsyideen semasa Persembahan di Walimah Ainie Masturah & Ahmad Afandi di Datuk Keramat serta Foto2 sepanjang Show di Riau, moga tatapan menjadi perkongsian ilmu..Allahuakbar!!!

Walimah :
Show Munsyideen, Little Muslim & Ojan al-Kampari
Barakallah
Little Muslim yg hebat
Ojan al-Kampari- Professional Musician (rancangan Imam Muda 2)
Munsyideen Serbaboleh

Munsyideen di Riau Indonesia 2011

Sebelum Berlepas
Di ruand Udara Subhanallah

Melihat papan tanda ini terus jatuh sakit..haha
Berangkat ke Dewan Gabernur,utk Rehearsal Nasyid
Kusyuk dalam latihan..
Pentas Debaran namanya
Posing habissss
Jejaka Riau & Jejaka Malaya hahaha..
Pengalaman menaiki Oplet (van sewa)
Amacam ada berani??
Makan2 di Pekan Baru
Jagung Bakar & Pisang Bakar bertaburan Coklat Rice
Masjid Agung An-Nur, Riau

Allahuakbar!!!

Selamat Jumpa Lagi Riau,aminnn

Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya. Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.

Cerita lanjut ke www.najmeeqamar.blogspot.com

Thursday, April 21, 2011

Perjuangan di Luar Negara

Assalamualaikum, buat mama papa, sahabat2, peminat2 nasyid, pendegar2 setia hiburan islami semua, muslimin muslimat moga semua dalam lindungan Allah Taala. Semakin kaku ana untuk menaip cerita2 nasyid di blog ini, maaf dan ampun ana hulurkan kerana kesempatan yang agak padat, namun alhamdulillah MUNSYIDEEN telah memulakan langkah yang lebih besar, jauh bermusafir untuk menyebarkan mesej2 CINTA ISLAM melalui kudrat anugerah dalam seni suara. InshaAllah.

Rezeki yang tak di sangka Wan Hakimin, salah seorang anggota Munsyideen mendapat banyak sambutan untuk jemputan nasyid, baru - baru pihak kedutaan Malaysia - Jordon telah menjemputnya untuk menjayakan satu Program di Amman Jordon pada 30 April ini, didoakan yg terbaik buat Kimin di sana amin Ya Allah.

Salah seorang anggota juga M.Muzzammil (Munsyideen) juga dijemput untuk persembahan bersama Skuadron Nasyid Yadim sempena Pembukaan Yadim cawangan Riau, Indonesia pada 23 April ini, semoga berjaya buat ahli2 Munsyideen. Agam pula kini sedang berusaha untuk meningkatkan vokal suaranya, belajar teknik-teknik yg betul dalam nyanyian (memantopppkan). Manakala Azri sedang bersiap siaga untuk menjadi Suami, inshaAllah tak lama lagi, didoakan selamat berjaya dunia akhirat InshaAllah.

Sumber kekuatan bersama dlm satu kumpulan banyak cabaran dan dugaannya, namun begitu krn ukhwah yang kuat, cintakan Islam yg kuat, kami berempat tetap akan teruskan. Kerana dunia ini adalah padang permainan yang menguji bukan siapa menang siapa kalah, tetapi siapa banyak amalnya dan siapa yg rugi amalnya..semoga Allah mengukuhkan kita dgn kekuatan Iman InshaAllah. Wallahua'lam.


Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...