Followers

Thursday, April 21, 2011

Perjuangan di Luar Negara

Assalamualaikum, buat mama papa, sahabat2, peminat2 nasyid, pendegar2 setia hiburan islami semua, muslimin muslimat moga semua dalam lindungan Allah Taala. Semakin kaku ana untuk menaip cerita2 nasyid di blog ini, maaf dan ampun ana hulurkan kerana kesempatan yang agak padat, namun alhamdulillah MUNSYIDEEN telah memulakan langkah yang lebih besar, jauh bermusafir untuk menyebarkan mesej2 CINTA ISLAM melalui kudrat anugerah dalam seni suara. InshaAllah.

Rezeki yang tak di sangka Wan Hakimin, salah seorang anggota Munsyideen mendapat banyak sambutan untuk jemputan nasyid, baru - baru pihak kedutaan Malaysia - Jordon telah menjemputnya untuk menjayakan satu Program di Amman Jordon pada 30 April ini, didoakan yg terbaik buat Kimin di sana amin Ya Allah.

Salah seorang anggota juga M.Muzzammil (Munsyideen) juga dijemput untuk persembahan bersama Skuadron Nasyid Yadim sempena Pembukaan Yadim cawangan Riau, Indonesia pada 23 April ini, semoga berjaya buat ahli2 Munsyideen. Agam pula kini sedang berusaha untuk meningkatkan vokal suaranya, belajar teknik-teknik yg betul dalam nyanyian (memantopppkan). Manakala Azri sedang bersiap siaga untuk menjadi Suami, inshaAllah tak lama lagi, didoakan selamat berjaya dunia akhirat InshaAllah.

Sumber kekuatan bersama dlm satu kumpulan banyak cabaran dan dugaannya, namun begitu krn ukhwah yang kuat, cintakan Islam yg kuat, kami berempat tetap akan teruskan. Kerana dunia ini adalah padang permainan yang menguji bukan siapa menang siapa kalah, tetapi siapa banyak amalnya dan siapa yg rugi amalnya..semoga Allah mengukuhkan kita dgn kekuatan Iman InshaAllah. Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...