Followers

Monday, December 10, 2012

Bebaskan Palestin 2012

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Pada 8hb Disember yang lalu inisiatif Aqsa Syarif, Videographez, Munsyid Malaysia dan sahabat nasyid berkumpul untuk menjayakan rakaman video klip lagu Bebaskan Palestin. Berkumpul di Pusat Sukan UPM dan bergerak ke Padang Ragut UPM.

Terima kasih di atas kerjasama semua, komitmen yang diberikan untuk menjayakan video klip ini walaupun terpaksa berpanas "sun burn" namun itu bukan alasan. Matlamat memberikan sokongan padu kepada saudara muslim yang sedang berjihad di Gaza dan Tebing Barat.

Pada hari tersebut diwakili oleh Inteam, Rabbani, Mestica, Dzil Afnan dan beberapa kumpulan yang lain. Tidak lupa juga warga Komuniti Videographez, Komuniti teman Inteam, pelajar ipt dan orang perseorangan.

Kami Munsyideen, turut sama menyokong apa jua program yang berkaitan walaupun ia sumbangan yang kecil dipandangan keramaian. Allah sentiasa menilai apa yang kita lakukan walaupun sebesar biji sawi.

Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih buat semua!

Berjuanglah demi akhiratmu!

-Munsyideen-

Gambar-gambar sumber dari Facebook kawan-kawan :









Bebaskan Palestin 2012, Allahu Mustaan!

No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...