Followers

Wednesday, July 28, 2010

Kuala Lumpur Berselawat



Assalamualaikum...sahabat2 nasyid dan daei sekalian, pada 18/7/2010 yang lepas telah diadakan majlis Kuala Lumpur Berselawat di Masjid As-Syakirin KLCC yang dianjurkan oleh Saudara Amir Ex-Ruffedge. Matlamat utama adalah untuk menjadikan amalan berselawat ini menjadi amalan harian yang perlu dijadikan intipati dakwah Islamiah. Semoga majlis sebegini berterusan dan mendapat sokongan dari semua pihak InsyaAllah. Pengorbanan dan perjuangan Baginda sangat besar dan tidak mampu kita balas. Apa lah sangat kalau kita luangkan masa untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad saw..atau antum hanya menyebut atau berkata hal dunia lebih banyak. Sekurang-kurangnya selepas solat ana mengajak antum semua kita berselawat bersama-sama. Allahumma Solli Ala Muhammad wa ala alihi wa Sohbihi wa Sallim..=)

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).

”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).

“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).

”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

Renungilah wahai sahabat2 ku (<<.)


Antara penasyid2 yang hadir...Inteam, Marjan dan al-Mawlid.






No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...