Followers

Sunday, July 4, 2010

Kejayaan Sebenar - Munsyideen



Assalamualaikum Sahabiah yang ana sayangi sekalian, sekian lama Munsyideen tidak menjenguk blog bertema ungu ini. Akhi Azri yang baru pulang dari Tanah Besar China mengakhiri ekspedisi dengan seribu macam cerita. Belum sempat beliau mahu mengungkap kembaranya telah dipenuhi dengan kerja-kerja di pejabatnya. Kami mendoakan yang terbaik buat Akhi Azri aminnn...tidak lupa juga Akhi Kimi Munsyideen yang baru shj pulang menunaikan ibadah Umrah melahirkan rasa rindu dan ta'jubnya pada dua Tanah Haram yang menjadi impian kami Munsyideen semua dan Sahabiah ke sana. Insya Allah ada rezekinya kita pergi bersama-sama. Niat kan dari awal pasti satu hari nanti ada rencana yang Allah Taala aturkan sudah ampuh itu yang terbaik..insyaAllah =)

Disini ana coretkan bersama gambar-gambar mereka sebagai tatapan kalian, moga menjadi pencetus semangat atau boleh dikatakan sebagai rangsangan untuk kita berjaya mencapai sesuatu yang kita hajatkan. Berkejar-kejarlah melakukan kebaikan kerana FirmanNYA dalam surah al-Baqarah (148) bermaksud :

" DAN BERLUMBA-LUMBALAH KAMU DALAM BERBUAT (KHAIRAT) KEBAJIKAN "

Skop kebaikan itu adalah besar semuanya bergantung pada niat dan cara kita untuk mencapai impian dan cita-cita yang diimpikan. Bagi kami Munsyideen berjuang melalui nasyid mengajak orang ramai mengingati Allah dan Islam adalah tanggungjawab dan amanah. Jangan gadaikan maruah kerana ingin mencari bahana dunia semata-mata bahkan rasa sedikit itupun mampu menenggelamkan kapal yang berada di lautan tenang. Carilah kejayaan yang hakiki, kejayaan akhirat yang abadi, tinta-tinta syurga yang ingin dinikmati, rasa tawa riang yang kekal nanti..kesederhanaan sebagai pakaian "Ya Allah jauhilah kami dari rasa riak, takbur dan bangga diri kerana ia bukanlah pakaian kami, ia adalah pakaianMU dan milikMU yang Maha Tinggi amin Ya Rabbal Ala-min..

Firman Allah Taala dalam surah Ali-Imran (148) andai kita fahami riang tawalah orang-orang mu'min =)

" SESUNGGUHNYA ALLAH KASIH KEPADA ORANG-ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN "


Untuk tatapan sahabiah moga jadi inspirasi =)
Akhi Azri di China...






Akhi Kimi Ketika Menunaikan Umrah...wa ana InsyaAllah aminnn =)






Labbaikallahumma LaBBAik LaBBaikaLah SyaRikalakalabbaik...!!!

No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...