Followers

Tuesday, June 8, 2010

Munsyideen - Perjuangan Suci



Gagasan perjuangan yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Samada dari segi politik, ekonomi, sosial, muamalah, sahsiah dan dunia hiburan. Kecelaruan insan yang lalai dan lupa akan asal-usul kejadian mereka dijadikan Allah berlandaskan garis yang telah dijanjikan sejak azali lagi. Khalifatullah yang di firmankan oleh Allah Taala menggambarkan derajat semulia-mulia kejadian. Penciptaan dari tanah yang hitam menjadi sebaik-baik secantik-cantik makhluk di alam raya ini.

Surah At-Tin ayat 4 yang bermaksud :

(Laqod Kholaknal insana fi ahsani taqwim)

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian"

Perkataan "ahsan" itu menunjukkan mentanzim (memuliakan). Ahsan - paling baik kejadian Subhanallah, MasyaAllah..akan tetapi kita sendiri yang menzalimi diri sendiri sehingga kita lupa tujuan dan matlamat Allah menciptakan manusia. Dalam apa jua bidang yang kita selusuri perlulah menepati inspirasi syara' (Quran dan Sunnah) sebagai sumber primer, menjadikan alim ulama' sebagai mursyid dalam pentas perjuangan mengibarkan bendera tauhid. Kini agama Islam dikecam oleh pelbagai pihak samada dengan musuh-musuh Islam mahupun musuh-musuh dalaman yang cuba mencari kelemahan-kelemahan dan kelompongan dalam sesebuah badan-badan Islam. Padahal akidah kita satu...LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH...kesatuan ummah memoir perjuangan FATHU MAKKAH...perlu dilihat sebagai benteng kekuatan ummah untuk menegakkan Islam yang Syumul.

Sabda Baginda SAW :

"Senantiasa ada segolongan dari umatku yang berperang di atas kebenaran selalu menang hingga hari kiamat." ( H.R.Muslim )

sabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam, yang diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiallahu `anhu :

"Dan jihad terus berlangsung semenjak Allah mengutusku hingga akhir umatku memerangi Dajjal."

Bersatulah umat Islam di bawah panji-panji Islam, luaskan konsep jihad mu terutama membangunkan jiwa-jiwa cintakan Islam untuk menegakkan yang haq menghancurkan yang batil. Jihad fi Sabilillah, jihad ilmu, jihad ekonomi, jihad di Malaysia adalah dengan Pilihanraya...pilih lah Islam kerana jihad dalam ruang lingkup yang menggabungkan kesemua rempah ratus daripada perjuangan Rasulullah dan para Sahabat2 Baginda SAW...ada yang Saudagar, ada yang Panglima, ada yang Petani, ada yang Ahli Ilmu dan lain-lain hanya bermatlamatkan satu "Mardatillah" dan berilah sokongan antum pada perjuangan-perjuangan ini..kerana perjuangan tidak akan putus hinggalah Hari Kiamat menjelma...Allahuakbar!!!

Kami Munsyideen akan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam bagi menegakkan silah kebenaran agar kecaman2 tentang Islamifobia akan lupus...senjata kami dengan bernasyid melalui lisan sepertimana ada para ilmuan Islam terdahulu dalam membangkitkan semangat jihad dan cintakan Islam.

No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...