Followers

Monday, February 1, 2010

Munsyideen - kini bertiga berjuang + sokongan shbt2 =)


Salam berempah-ratus kan Ukhwah Fillah..alhamdulillah pada hari Ahad yang lepas Munsyideen telah dijemput membuat persembahan sempena Majlis Perkahwinan antara DR WAN ASYRAF WAN ZAIDI dan NORDILAILA di Wisma LJT, Tingkat 6 Dewan LJT, Melawati. Kami menghidangkan 5 buah lagu sebagai halwa telinga kepada kedua pasangan pengantin baru. Alfun Mabruk kami luahkan, kami doakan DR dan puteri pilihannya kekal hingga ke syurga..amin =)

apa yang terselit hikmah disebalik persembahan pada hari tersebut adalah, perancangan kami bertiga untuk membuat persembahan..dengan Izin Allah salah seorang ahli Raudhah (Akhi Muzakkir) yang menggantikan Akhi Azri secara mengejut tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana Atuknya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir..kalimah innalillahi wa inna ilaihi raji'un kami lafazkan...dan sedih melanda hati kami..sebenarnya Akhi Azri pula terpaksa ke Pulau Pinang bagi menguruskan majlis pertunangan adiknya. kami berdua (Azizul & Muzzammil) tabahkan hati dan meneruskan perjuangan ini..Takziah sahabatku..moga dirimu juga tabah..insyaAllah.. al-Fatihah.





Bertemakan warna keemasan, sangat menarik dan cantik..membawa maksud kekayaan...kekayaan apakah yang kita hendak dakapi dan miliki? apa yang pasti kekayaan hati dengan ilmu dan amal kebaikan yang tidak akan berkurangan..dibawa belayar ke akhirat..


kami MUNSYIDEEN mendoakan antum, moga sentiasa beringat..umur muda adalah masa untuk kita mengejar pahala berganda, meraih cinta yang hakiki dan abadi..insyaAllah =)

No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...