Followers

Monday, February 22, 2010

Munsyideen di Festival Nasyid Inter Kampus Uitm Malaysia =)



Salam shbt2 baru2 ini pada 21 Februari 2010, pihak Uitm Kampus Puncak Alam telah mengadakan Pertandingan Nasyid Peringkat Kampus Uitm yang diwakili oleh Uitm seluruh Malaysia. Pertandingan ini diadakan bersempena Sambutan Maulidurrasul peringkat Uitm Kampus Puncak Alam. Johan Pertandingan ini akan mewakili Uitm ke peringkat IPTA 2010. Alfun Mabruk buat kumpulan nasyid dari Uitm Perak kerana menjadi Johan Fes Nas pada kali ini, begitu juga yang lain jangan bersedih, bila sahabat kita yang menang maknanya mereka mewakili antum juga, sbg Daei kita berikan sokongan padu pada sahabat2 kita oke he2. Kami Munsyideen mendoakan kalian berjaya aminnn. =)


Antara Juri yang menghakimi Festival Nasyid tersebut adalah Saudara Muadz (Penasyid Hadith), Saudara Zaidi (Wildan) dan Saudara Muzzammil (Munsyideen). Pada hari sebelumnya telah diadakan peringkat saringan yang disertai 13 buah kumpulan nasyid dari Uitm seluruh Malaysia. Pada peringkat ini telah disaring, ditapis dan digoreng oleh sahabat2 dari UNIC he2. Syukran ya Ikhwah Jazakallah =)


Kita sebagai saudara semuslim perlu memperkukuhkan benteng2 persaudaraan agar lubang2 kecil yang menyakitkan mata itu akan tertutup dengan simen2 atau batu bata keimanan. Berkat doa kalian, pastikan Islam itu tertegak..secara berhikmah seperti yang di anjurkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Jangan pernah bosan mencuba utk menghasilkan produk2 Islam kerana zaman ini banyak metode yang boleh kita capai. Chaiyok2 sume =)

Ucapan Terima kasih buat pihak CITU, Uitm Puncak Alam dan Urusetia2 yg sporting terima kaseh byk2 ya. lain kali jemput lagi he2 mohon maaf juga atas kekurangan dan kesilapan sepanjang program tempoh hari. Tahniah buat warga Uitm kerana berjaya mengadakan program yang Vassssss!!! mmg sgt2 bagus..audience pun tidak berganjak, kami di beritahu lebih 1000 pelajar yang turun padang menyaksikan Festival ini..Alhamdulillah.

Ni antara gambar2 yang berjaya di ambil buat tatapan sahabat2 Raudhah dan Munsyideen.






No comments:

Post a Comment

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...