Followers

Thursday, September 13, 2012

Candid di TV AL-HIJRAH

Dengan sujud dan doa, kami memanjatkan kesyukuran pada hari sabtu yang lepas (8 Sept 2012) Munsyideen telah menjadi jemputan khas di dalam rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah secara langsung. Kami ditemani oleh pengacara terkenal saudari Irma Hasmi dan saudara Ahmad Fadzli (Unic). 2 buah lagu dikumandangkan iaitu Kembara Hijrah dan Narawastu Ilmu.

Tiada kata gembira dapat diekspresikan, hanya gambar-gambar ini bisa melakarkan sepanjang berada di studio TV-AL-HIJRAH.

Pukul 6.30 dah terpacak
Jadual Munsyideen ON Tv-Al-Hijrah
CINTA RASUL
CINTAI MASJID KITA
Check In Tv-Al-Hijrah
Hati Berdebar
Bersama Ustaz Idzhar (bekas guru kami dulu di KUIS)
MUNSYIDEEN 2012

Syukran Jazilan kepada semua yang menyokong, dan paling penting mendoakan perjuangan kami.
Kerana Allah kita mara!

Wednesday, September 5, 2012

Dari Jauh Kami Mohon Maaf



Sila Klik ;) Raya ke tak raya ke..kami nak mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kami, yang membantu perjuangan kami, mudah-mudahan Allah merahmati kalian.

Tuesday, August 28, 2012

Allah adalah segala-galanya


Manusia bila dalam susah, ditimpa musibah, diundang masalah. Mencari-cari semula jalan pulang ke pangkuan, Tuhannya. Allah Subhanahu wa Taala adalah tempat kita berteduh, bersandar kasih, memadu rindu dan memohon belas. Sungguh besar belas kasihNya tidak mengira masa kamu susah, masa kamu senang. Beringatlah teman, bila tiada teman rapat yang menghulur bantu, di sana Ar-Rahman Ar-Rahim sentiasa menunggu (Al-Ahzab|3). Tadahan doa dan tangisan airmata kamu, rintihan dan permintaan kamu yang DIA sangat rindui. Kalau kamu tak jua kunjung padanya, tiada kesan dan impak pada DIA. Al-Malikul Quddus As-Salam berdiri atas kudrat sendiri, sendirian pun DIA tetap Maha Hebat!(Fussilat|51)

Kita ini beza dengan mereka yang tidak beriman (As-Sajdah|18). Allah Subhanahu wa Taala menjemput hambaNya, dengan seluas-luas pengampunan dan kerahmatan. Mungkinkah kamu tidak merasa, berasa dimiliki oleh DIA? Dari sekecil-kecil perkara, atom, molekul, zarah, virus dan habuk hingga sebesar-besar alam semesta. Laut yang dalam jika kamu selam, gelap gelita tanpa cahaya. Kamu menyua tangan pun tidakkan terlihat kecuali ciptaanNya yang diberikan cahaya petunjuk (An-Nur|40).

Kamu berjawatan besar, kamu disebut-sebut, kamu dipuja-puja. Bila nama kamu diwar-war, kemuncak diri rasa tinggi, terawang-awang umpama dewa. Keliling kamu semuanya bertepuk-tepuk mengeluarkan kata-kata indah, memburu balasan kamu. Besar kah jawatan kamu di akhirat? Para Malaikat kah yang menyebut-sebut namamu untuk diampunkan? Tertuliskah namamu terbebas di pintu hisab? Lupakah kamu dengan syurga itu yang kekal disisi Tuhan kamu? Syurga akhirat itu nikmat (As-Saffat|43)

Kamu dikenal-kenal dan dipasang-pasangkan supaya beringat-dan mengingatkan, kejadian Maha Karya Allah.   Posisi mana sekalipun kamu, serulah semua yang disekitar jangan biarkan mereka lari berserakan tanpa hala tuju dengan sabar dan hikmah. Segala puji bagi Allah, Ya Hayyu Qayyum. Bagi mereka saling taat pada perintahNya, meredhai dan diredhai. Sujud dan solat kepada Allah tanpa ragu (Az-Zaariyat|49) dan (An-Nahl|125).

Dunia, bukan tempat untuk seorang. Dunia inilah kita tinggal beramai-ramai, singgahan R&R mengumpul sebanyak bahan, untuk membina atap, tiang yang kukuh, dinding berukir, lantai mar-mar berkilat, kubah indah, candeliar-candeliar cantik, kusyen-kusyen enak diduduk, makanan-minuman mewah, pakaian-pakaian raja dan permaisuri, tahta berlian dan permata. Bermewah-mewah di akhirat, janji buat yang beriman sepenuh hati. Kepastian! Jangan tangguh mencari bahan, sampai masa bumi terbang luluh (Aj-Jathiyah|32).

Sekadar perkongsian mengingatkan buat yang tersayang, (penduduk di R&R bumi).
"Selamat menjalani pengembaraan"

Oleh :
_Selimutsura_www.najmeeqamar.blogspot.com_

Thursday, July 26, 2012

Salam Ramadhan al-mubarak

*Sila klik, vid terbaru kami - berjudul Selawat

Assalamualaikum, kami ingin mengucapkan Salam Ramadhan Kareem buat semua sahabat2 yang mengenali, dan seluruh umat Islam, Kullu am wa antum bi khoir =)

InshaAllah bulan Ramadhan yang berkah ini, sama-sama pergunakan masa dan peluang ini untuk meningkatkan prestasi ibadah, Allah mengurniakan JUMBO SALE buat hamba-hambaNya. Hanya pada bulan Ramadhan sahaja! Bahkan pintu-pintu syurga di buka seluas-luasnya, ketika ini juga pintu neraka di tutup selepas 11bulan di buka..asap neraka pun tak terkecuali.

Syaitan terbelenggu, nafsu perlu ditambat, jaga puasa kalian bukan menahan diri dari makan minum, puasa mata, tangan, lidah, telinga, seluruh anggota dan hati dari perkara-perkara dosa yang boleh memusnahkan pahala Ramadhan. Sangat hebat, kerana Allah merahsiakan bilangan pahala puasa. Subhanallah, berkejar-kejarlah mendamba kebaikan demi kesejahteraan di akhirat.amin.

Information Munsyideen group:

Wan Hakimin - bertugas Imam tarawikh di Surau Jumaat Presint 8, Putrajaya.
Azizul Hakim - bertugas Bilal Masjid Jamek, Kg. Baru Kuala Lumpur.
Muzzammil - imarah Ramadhan dengan forum dan jemputan.
Azri Zakaria - imarah Ramadhan.


Wednesday, July 11, 2012

Selamat Hari Bapa

Salam Ukhwah,
Kasihnya Ayah membawa ke syurga
Kasihnya Ayah membawa bahagia
Kasihnya Bapa menghibur rasa
Kasihnya Bapa meluahkan cinta
Jasamu bapa, suci mulia
Mengerah keringat, ke jalan selamat

Terima kasih kami ucapkan kepada ANAEDAR SDN BHD sudi menjemput kami sempena Father's Day Hi Tea, di Gombak pada 7 Julai yang lepas.

Dapatkan produk baru ANAEDAR QASEH GOLD! Campuran makanan Sunnah, penuh khasiat!


Dari kiri Muzzammil, Hakimin dan Azizul Hakim

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...