Assalamualaikum, Sepuluh jari ana hulurkan kerana lama tidak meng "update" blog kesayangan ini. Alhamdulillah baru2 ini satu kejadian telah berlaku melibatkan keluarga Munsyideen. Adik Ipar kpd Akh Azri telah meninggal dunia akibat kemalangan di Kajang. Allahyarhamah Nurul Natasya bte Abd Rahim meninggalkan suaminya yang diijab kabulkan pada awal tahun dan anak kecil berusia 2 bulan. Allah mengambilnya dalam usia yg muda, menyayanginya..
Kalau kalian perasan kami pernah menerima jemputan membuat persembahan pada majlis walimah mereka pada bulan Mei tahun ini, dan ana ada tagged videonya di blog. Kita yg masih hidup sama-samalah saling beringat bahawa mati itu pasti, tidakkan lewat sesaat dan tidak lambat sesaat. Segalanya kuasa Allah Taala membuktikan, apa yg kita miliki ini hanyalah pinjaman sementara dan satu hari nanti kita akan memulangkan kembali pada pemilik sebenar.
Qauluhu Taala (Firman Allah Taala) Surah al-Mulk (2):
"maka apabila telah datang waktunya mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya". (al-A’raaf: 34)
Shbt2 Munsyideen turut sama menghadiri upacara pengkebumiaan di Tanah perkuburan Islam Kg. Datuk Keramat berdekatan Stesen Putra Jelatek. Alhamdulillah apabila bacaan talqin dimulakan, Allah merahmati upacara dengan hujan rahmat selebatnya, kami membiarkan berbasah sambil menginsafi dan mengambil iktibar, tanah merah mula mencair (lecak). Di penghujung majlis mulia ini, iringan doa dan al-Fatihah sebagai kata - kata akhir. Maka terpisah lah antara 2 alam yang berbeza. Moga ruh nya bersama para solehin..muttaqin aminnn
Perkembangan nasyid kini kian mantap banyak juga yang masih menyimpang. Mereka perlu melihat kepada rujukan Malamih al-Mujtamak al-Muslim karangan Dr. Yusuf al-Qaradawi agar konsep nasyid yang diperjuangkan mengikut landasan syara'. Niat yang baik sudah bagus tetapi cara nya seakan2 bukan nasyid. Persoalan yang timbul ingin berdakwah kpd golongan remaja (Rock, Hip Hop, Rap etc) tetapi penampilan, gaya, lagak ala2 mereka. Jadi siapa yang dakwah siapa??? akhirnya diri sendiri tersesat(mengikut cara mereka). Apa jua genre muzik dan nasyid mestilah selari dengan gerak nafas syara', Islam sudah meletakkan garis panduan..sumber banyak yang boleh diperolehi atas usaha kalian untuk mencarinya. Mencari Keredhaan Allah Taala adalah sesuatu yg abstrak moga2 amalan kita diterima Allah inshaAllah.
Assalamualaikum sahabat semua, alhamdulillah Munsyideen baru sahaja menyiapkan profile terbaru bagi memudahkan urusan kami dan pihak jemputan semoga perjuangan ini diberkati Allah Taala =) aminnnn doakan kami sahabat2 semua.
"Cinta kepada Allah memiliki ruang segalanya, terbuka pintu kasih sayang sesama manusia, memberi cahaya belas kasihan kepada makhluk-makhluknya" wallahua'lam
Assalamualaikum para sahabat2 yang ana cintai sekalian, setelah sekelian lama menanti..sejak tahun 2004 kini terhasil single pertama kami insyaAllah tidak lama lagi. Sebelum kita pergi jauh mengembara ana ingin ceritakan serba sedikit sejarah lagu ini. Pada awalnya idea penciptaan lagu ini tercetus apabila pihak sekolah ingin menghantar seangkatan kumpulan nasyid yang pada masa itu dikenali sebagai Suara SMAKL. Pada tahun 2004 itu merupakan kemuncak kejayaan sekolah SMAKL ke peringkat kebangsaan setelah kesekian lama tidak mewakili wilayah prsekutuan Kuala Lumpur ke Pertandingan Festival Nasyid Maal Hijrah, sengit pada waktu itu apabila beberapa sekolah yang dianggap hebat dalam seni ala2 arab ni seperti SMK Padang Tembak KL, SMK Segambut Jaya KL, SMK Raja Ali dll..namun dengan laungan Allahuakbar kami menemani sorakan kejayaan buat kali pertama dalam Festival tersebut. Mengukir nama seramai 15 orang ke peringkat Kebangsaan.
iDEA untuk mencipta lagu ini, sebenarnya secara tak formal maksudnya, secara on da spot ana merekacipta nya. Bertemankan meja sebagai gendang dam dum dam..suasana malam yang agak sunyi, rasa tenang sangat pada malam itu..selesai solat insyak...lalu idea lagu berbentuk Tarannum itu datang. Asas tarannum yang dicungkil oleh Ustaz Nik Azizan TV9 sewaktu masih mengajar di SMAKL memberi alunan-alunan yang berirama. Kalau diikutkan irama padang pasir ini, di SMAKL belum pernah wujud kerana Suara Smakl very2 familiar dengan alunan kontemporari dan harmonizing. Jadi ana garapkan ia dalam seni ala2 arab dan kontem agar cantuman2 ini membentuk satu lagu yang menarik dan mudah difahami. Lirik zaman sekolah yang mempunyai nilai klasik, terkenang ana pada lirik tersebut kerana bahasa adalah mudah dan simple untuk dihayati.
Ikhlas merekacipta sesebuah lagu dan lirik suatu yang berlainan. Ada yang cipta lagu sahaja, dan ada lirik sahaja. Namun bagi ana lagu padang pasir ini irama lagu dan lirik seiringan. Sukar untuk ana gambarkan kerana 6 tahun dahulu punya cerita. Idea-idea mencipta lagu berbentuk tarannum kini diterima ramai apatah lagi, budaya ala2 padang pasir ini lebih melambangkan "Islamic Culture". Kami mendapat sokongan daripada abg2 FarEast apabila mereka beri galakan agar sentiasa ada kumpulan nasyid masakini yang masih memperjuangkan irama ini. Bagi Munsyideen lagu2 berbentuk sebegini mempunyai nilai yang berharga, sukar untuk kami gambarkan betapa klasiknya lagu2 ini. Wallahua'lam
cetusan idea dan ilham semuanya datang dari Allah Taala, dan kelebihan ini kami sampaikan demi Islam tercinta =)
Assalamualaikum buat sahabat2 MUNSYIDEEN kami ingin memohon berjuta kemaafan andai sepanjang pelayaran dakwah samada secara "LIVE" di ruangan maya atau realiti, ada garisan luka yang kami lupa untuk baluti kami mohon maaf zahir dan batin..terutama buat semua penasyid2 tanahair yg kami hormati, yg kenal mahupun tidak kenal..
Expecially FAR-EAST, ABG ITO LARA, INTEAM, KOMUNITI TEMAN INTEAM, NASYEED.COM, SAHABAT2 RAUDHAH X-KUIS, PENASYID2 & PERKUSI KUIS, UNIQUE, RABBANI, RAIHAN, SAUJANA, NOWSEEHEART, NICE, DEVOTEES, ABG MUADZ, HAFIZ AL-GEBRA, GROUP NASYID UNDERGROUND, SAHABAT2 NASYID BARU DAN LAMA =) 4 ALL NASYEEDIANS... MAY ALLAH BLESS ALL OF U...AMEEN..
Salam Hari Raya juga buat seluruh ahli keluarga kami, sanak saudara, muslimin muslimat...doa kami KULLU AM WA ANTUM BI KHOIR..(^^,)
MUNSYIDEEN : MUZZAMMIL, AZIZUL, AZRI & HAKIMIN
*Munsyideen bulan Ramadhan Muzzammil - Program Bubur Lambuk Jelajah Malaysia Azizul - Bilal Surau di Kg.Baru Azri - Bilal Surau di Keramat Hakimin - Imam Terawih di Kelana Jaya