Followers

Sunday, June 17, 2012

Walimah Foto Shoot di Tabung Haji

Walimah Syahril & Azwa (17 Jun 2012)

Alhamdulillah, sesungguhnya nikmat beriman itu sangatlah mahal, bagi yang menghargai dan tahu menilainya. Mengecapi nikmat dengan merendahkan diri sebagai hamba, bertuankan Allah Taala sebagai tuhan. Muslim yang baik, memberi sandaran kerja-kerja seharian semata-mata untuk memperoleh keredhaanNya. Baik samada yang kecil atau yang muda, semuanya tidak terkecuali daripada menerima tujuan penciptaan sebagai i'badullah. Proses kehidupan adalah proses menjadi hamba.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik." 
{Surah Al-Mu'minun: Ayat 12-14}








Moga Allah memudahkan usaha-usaha kami, insyaAllah =)

Monday, June 4, 2012

Munsyideen di Majlis Istighasah al-Kubro

Majlis Bacaan Zikir istighasah al-Kubro anjuran YADIM 2012
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh : 12 Mei yang lalu
Bermula dengan qiamullail oleh Sheikh Abdul Karim Omar al-Fathani al-Makki (Imam Masjid Shah Alam)
Bacaan Zikir oleh Munsyideen, Kumpulan Zikir Istighasah YADIM, Kiaramas Boy.

Majlis bacaan zikir ini bertujuan untuk memohon kepada Allah agar umat Islam khususnya di Malaysia beroleh keselamatan dan kesejahteraan, dijauhi dari segala bentuk ancaman, bala, dan kejahatan. Dilindungi dan dilimpahi barakah.

Jam 8.00 - 9.00 pagi (Cuaca agak panas)
Antara jemaah yang hadir (Tanpa awan)
Mendengar Tazkirah
Tazkirah oleh Mantan Menteri Agama Indonesia
Munsyideen
Subhanallah, segalanya kebesaran Allah, pabila zikir dimulakan lelangit yang kosong, dihujani awan-awan berarak berkeping-keping
berkumpul, menutupi kepanasan, cuaca menjadi redup, angin sejuk pun datang..teringat saat-saat ini,
menangis sungguh syahdu..

Allah Taala titipkan dalam sabda Baginda S.A.W dari Abu Hurairah r.a :
"...Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan
membaca kitab Allah, dan mempelajarinya bersama,
kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi
mereka di hadapan makhluk di sisiNYA, dan sesiapa yang lambat (kurang)
amalnya, maka tidak akan dipercepatkan mengangkat darjatnya. "

(riwayat Muslim no. 2699, 2580 Tirmizi no. 2940)

Usai majlis zikir
Kepada Allah kami serahkan amalan kami

Sabda Rasulullah s.a.w., hadith Qudsi dari Abu Hurayrah r.a. 
{{Aku seperti yang hambaKu sangkakan, dan Aku bersama dengannya apabila dia mengingati (berzikir) padaKu. Jika dia mengingatiKu (berzikir) berseorangan, Aku mengingatinya berseorangan, jika dia mengingatiKu (berzikir) di perkumpulan ramai (mala'), Aku mengingatinya di perkumpulan ramai yang lebih baik dari itu}}

[Hadith Riwayat Bukhari Jld.9/4596, dan Muslim]





Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...