Followers

Wednesday, May 30, 2012

Nasyid dan Kenangan



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang
Syukur tiada kata dan tara kepadaMU, memberikan kesempatan buat kami nikmat sihat bagi meneruskan perjuangan dalam hidup. Hidup sentiasa tidak terlepas dari rintangan dan cabaran, tidak terlepas seseorang mukmin itu sehingga dirinya diuji dan diberatkan. Atas diri seorang muslim bertanggungjawab kepada muslim yang lain, memberi tahu, memberi ingatan, memberi perkongsian dengan meletakkan diri sebagai dae'i. Kita panjatkan doa, mudah-mudahan Allah mengumpulkan kita di syurga, berkampung di sana meraih redhaNYA.
InshaAllah.

Kami kumpulan nasyid baru, yang diberi nama Munsyideen (Penasyid-penasyid) atau (Penyampai-penyampai mesej Islam) diberi peluang oleh Allah untuk menempuh jalan ini, moga-moga apa yang kami sampaikan adalah sebagai nasihat untuk diri dan teman semua. Doakan kami mudah dan diberi kesihatan untuk terus menyampaikan dakwah melalui seni suara dan muzik. Kami harapkan teguran dan saranan dari kalian, kerana kalian juga adalah dae'i.
kami cintakan kalian, sahabat-sahabat seiman, setaman, sekampung..inshaAllah doa jua buat semua, senantiasa dalam rahmat dan barkah Allah Subhanahu wa Taala.

Sekilas sejarah Munsyideen
Munsyideen, telah ditubuhkan pada akhir tahun 2006 melalui bimbingan Saudara Ahmad Fadzli Bakar (Far East) dan saudara Ito Lara. Berkesempatan merakamkan lagu Habil dan Qabil berduet bersama Far East dan dimuatkan dalam album Halawatul Iman.

Segalanya bermula, dari nasyid sekolah di SMK Padang Tembak Kuala Lumpur. Dibimbing oleh Ustazah Maimunah dan Cikgu Robiah Ghani, yang mana pada waktu itu tahun 2000 nasyid mula bertatih seperti bayi yang baru lahir. Cetusan semangat yang kuat mendorong kami mula berjalan seterusnya berlari. Alhamdulillah berkat sokongan para guru dan kawan-kawan kami berjaya ke peringkat kebangsaan sempena Pertandingan Nasyid Pencegahan Dadah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun 2002.

*walaupun waktu tersebut majoriti ahli nasyid akan menduduki PMR, syukur pada Allah pada tahun itu pencapaian sekolah melonjak tahun yang terbaik dalam PMR 2002.
*Ukhwah skuad nasyid yang takkan dilupakan dalam hidup, kenangan-kenangan bersama sahabat-sahabat. Gelak, tawa, gaduh (ala-ala adik beradik), hiba dan semuanya.
*"Kalau menyanyi boleh kuat suara, baca buku pun baca la kuat-kuat!" tegur Ustazah waktu sedang baca buku Arab Komunikasi. Ingat lagi huhu.

Munsyideen, belajar dari memori lalu. Ada manis ada pahitnya. Tidak selalu langit itu mendung, dan tidak pula selalunya langit cerah. Alhamdulillah, kini Munsyideen bergerak secara berdikari, sudah bertapak 6 tahun dipersada nasyid. Aktif dan ligat dengan aktiviti dakwah dan seni nasyid.

Munsyideen yang terkini
4 orang tenaga, menempa diri untuk memberi komitmen cabang dakwah iaitu seni muzik islami. Terdiri daripada :

Azizul Hakim b. Mohd Akhir, [Dip. Comp. Sci] Kolej YPC, Bekerja
Mohammad Azri b. Zakaria, [Dip. Mech. Eng] Kliuc, Bekerja
Muhammad Muzzammil b. Musbah, [Ba. Syariah] Ukm, Bekerja
Wan Hakimin b. Wan Mohd Nor, [Ba. Syariah] Mu'tah, Bekerja

Munsyideen, walau tidak dikenali tetapi kami tetap dengan tujuan asal, menyampaikan mesej-mesej Islam melalui nyanyian dan muzik. Kami menerima pelbagai undangan hingga ke peringkat antarabangsa, Alhamdulillah. Seperti persembahan di Musabaqah al-Quran antarabangsa 2011 dan jemputan di Riau Indonesia tahun lepas. InshaAllah 2012 pelbagai akan ditempuh. Moga kami lebih rendah hati, dan ingat-mengingat.

Untuk 2012, Allah itu Maha Kaya memberikan kami kesihatan dan ruang untuk memerdu zikir bernasyid di Ekspo Buku Islam 2, Putrajaya baru-baru ini. Bahkan mengepalai bacaan Zikir Istighasah (Memohon keselamatan) peringkat kebangsaan di Masjid Wilayah.

Dakwah itu tidak mudah, acapkali ada rintangan dan halangan. Macam-macam ujian, barangkali pernah diserta tangisan. Tetapi kami tidak akan serik. Bila kita terjun dalam medan, baru kita tahu. Memang banyak yang bermain mulut, bagi kami bukan hanya dimulut, diperbuatan juga perlu. InshaAllah.

*Pandangan Allah & Rasul diutamakan, kebajikan umat didahulukan*

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...