Followers

Sunday, February 20, 2011

Munsyideen di RADIO Salam.fm & Maulidurrasul 1432H

WISMA RADIO RTM, ANGKASAPURI
ON AIR 19/02/2011 JAM 12.10
BERSAMA USTAZ NABIL AHMAD SEBAGAI DJ SALAM.FM
DITEMURAMAH SEJARAH, KEJAYAAN DAN PERANCANGAN KUMPULAN
AZIZUL & MUZZAMMIL MEWAKILI MUNSYIDEEN
AKHI AZIZUL MEMBERI POST TERBAIK DI RUANG MENUNGGU

ON AIR DI RUANG DALAM STUDIO SUARA ISLAM
NAK MASUK GUNA PAS OK..
UST HJ NABIL AHMAD SENANTIASA SEMPOI, FENOMENA MAHER ZAIN BARANGKALI

SAMBUTAN MAULIDURRASUL DI MASJID WILAYAH KUALA LUMPUR (19/02/2011)
MUNSYIDEEN MENGETUAI KUMPULAN SELAWAT TURKI

PERSEMBAHAN DARIPADA NASYID ILAHI KANAK2 TURKI
MUNSYIDEEN MEMBAWA LAGU HIJRAH DAN SELAWAT
PAMERAN DI RUANG LEGAR SOLAT MASJID
BARANG2 TINGGALAN NABI MUHAMMAD SAW DIKATAKAN DISIMPAN DI ISTANA TOPKAPI, TURKI
POST MUNSYIDEEN SELEPAS MAJLIS

SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH KERANA MEMBERI KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK MELIBATKAN DIRI DALAM SENI HIBURAN ISLAM, SEMOGA RUH CINTAKAN ISLAM SENTIASA SUBUR DIHATI KITA SEMUA, SEGALANYA INDAH KERANA ALLAH TAALA (^^.)/ ALLAHUAKBAR!!!

Wednesday, February 16, 2011

Munsyideen ON AIR di Salam.fm (JAKIM) Sabtu ini =)


Temui kami MUNSYIDEEN ON AIR di Salam.fm (FM 91.1MHz - Lembah Klang,FM 102.5 MHz - Pahang, Gelombg Pendek Kebagsaan 49 meter atau SW 6070 KHz - Sekitar Malaysia) bersama pengacara Akhi Ustaz Nabil Ahmad pada hari Sabtu (19/2/2011) selepas hari Jumaat jam 12.15 a.m. Sahabat2 mai2 dengaq jgn tido'. =) Sokong Hiburan Islam kita..hanya di Salam.fm

Tuesday, February 15, 2011

Allah kasihkan hambaNya, Rasulullah kasihkan umatnya

Alhamdulillahi Rabbil alamin Rabbul Ghafur
Allahumma Solli Ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajmain

Bertiti berjalan, bertatih, merangkak, merengek, mata belum terbuka..

Kitaran manusia dilahir kedunia selepas ibu menjaga dan menanggung beban mengandungkan kita selama 9 bulan lebih di dalam rahimnya. Rezekimu sudah tercatat segala ketentuanNya untukmu membesar dewasa dan akhirnya tua bongkok, ingatan pun semakin kurang, tak kurang yang nyanyuk seakan - akan kembali kezaman kanak - kanak.
Kudrat pun sudah tak terdaya lagi.

60 tahun bukanlah umur yang panjang, bayangkan diri kini sudahpun 20-an hanya tinggal 40 tahun..tetapi itu semua kehendak Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin awal mungkin lambat. tAPI ramai orang berfikrah bahawa usia untuk "enjoy, enjoy, enjoy". Itulah simbol kejahilan umat masakini..alangkah sedihnya.

Orang yang melihatnya sedih dan terasa hiba apatah lagi kalau Nabi kita Nabi Muhammad SAW yang melihatnya..sudah pasti tangisan Baginda SAW yang mulia begitu menduka citakan, namun Nabi kita penuh dengan sifat belas kasihan, sayang akan umatnya, umpama sebuah kisah di Thoif..Nabi Muhammad diejek dihina dibaling sampah dan najis namun..Lembutnya hati Baginda,agungnya peribadinya..siap mendoakan kesejahteraan mereka.

Allah Taala tidak pernah mengira, kerana sifat Ar-Rahman Ar-Rahim Dia memberi kesihatan, rezeki, terutama yang muslim nikmat iman, bila kalian dalam kesusahan kembalilah pada Allah, Dia memberi jalan, jangan hanya pada waktu susah sahaja baru kembali. Alangkah sunyi hari tanpa zikir, tanpa alunan al-Quran dan ibadat memujiNya..kosong jiwa, hitam hati, longlai iman..tiada rasa takut..ruginya kita.

Kembalikan cinta kamu..pada Allah, Rasulullah dan saudara - saudara muslim, sebarkan cinta pada umat manusia kerana diutuskan Muhammad SAW kepada sekelian alam untuk menyempurkan akhlak yang mulia.
Selamat Bertunang Akhi Azri. Mabruk3
Hantaran2nya

Sunday, February 6, 2011

Perancangan 2011 - Nasyid semakin mencabar

Assalamualaikum buat semua sahabat2 yang setia..
Kami Munsyideen memohon kemaafan, kelewatan meng-update blog nasyid kesayangan ini. Namun begitu itu bukanlah bermaksud kesibukan itu menghalang kami untuk terus berdakwah dalam irama seni suara. Semakin banyak halangan semakin gigih kita berjuang..inshaAllah =)

untuk sahabat semua, maklumat terkini..Munsyideen kini dalam perancangan untuk merekodkan dan melabelkan lagu Hijrah "dari padang pasir gersang" menjangkau usia 8 tahun sejak dicipta di SMAKL pada tahun 2004. Walaupun lagu ini sudah merata-rata dinyanyikan oleh pelbagai kumpulan tetapi inilah mesej yang perlu disampaikan dan berterusan di gunapakai.

Lagu-lagu nasyid sudah pastinya memerlukan "RUH ISLAMIAH" yang menusuk jiwa insan, lahir2 tertubuhnya kumpulan nasyid Raihan dan Hijjaz membelai lagu yang mendamaikan dan kecintaan pada agama Islam. Lirik yang mudah difahami dan jelas memudahkan lagu-lagu nasyid dahulu lebih evergreen berbanding lagu-lagu masakini.

Terapi jiwa (Zikir) contohnya mengandungi hikmat dan kesan pada pembangunan jiwa. Selayaknya lagu - lagu nasyid mestilah membuat para pendengar mendapat pahala sebagai contoh lagu2 Sami Yusuf dan Maher Zain yang berjaya, ana nobatkan sebagai Pendakwah muzik bertaraf dunia. "InshaAllah3x"

Kami bersyukur walaupun nama tidaklah seperti Rabbani, Hijjaz,Raihan dan lain2nya kami tetap mendukung irama nasyid, sebagai cabang dakwah melalui seni muzik. Yang paling utama dalam berdakwah adalah keikhlasan perjuangan. wallahua'lam

Kenangan 2008

Kenangan 2008
duduk dari kiri : Azri, Faisal, Nabil, Shaha. Berdiri dari Kanan : Memel dan Wadi.

Malam Anugerah NMI 06

Malam Anugerah NMI 06
Munsyideen- PENASYID BARU TERBAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...